Penyakit dan Rawatan Alami ( Homeopathy dan lain-lain )

 

 

herbsSaya sering mendapat pertanyaan di inbox saya tentang penyakit dan rawatan .
Ada juga soalan yang berbunyi begini :
Doktor , boleh beritahu nama ubat homeopathy untuk lelah ? Saya nak beli .
Atau begini :
Doktor ada katakan bahawa boleh rawat endometriosis dengan ubat homeopathy. Tolong beritahu nama ubatnya .
Mungkin salah pengamal homeopathy soalan -soalan ini boleh dikemukakan . Saya berkata begini sebab ada pengamal semasa memberi ubat akan memberi ubatan sama seperti doktor perubatan konvensyenal ia itu memberi satu ubat untuk lelah satu lagi untuk selsema dan ubat lain untuk demam etc.
Mungkin juga tidak banyak yang diketahui tentang homeopathy.

Tak jemu-jemu saya menjawab berpuluh puluh kali . Homeopathy adalah sistem rawatan holistic yang menyembuh pejnyakit dari akar umbi .

Bila merawat setiap penyakit, yang paling penting adalah mengenal pesakit itu sendiri secara menyeluruh termasuk:
perangai emosi, fikiran, Perangai orang yang jaga , adakah dia pernah didera atau dibuli etc .
apa yang dia suka, apa yang dia benci ,
ketahanan badannya pada sejuk, pada panas.
Apa yang menyebabkan rasa lega, apa yang menyebabkan rasa lebih sakit.
Waktu penyakit itu melarat dan waktu penyakit reda . Adakah penyakit berulang setiap minggu, bulan etc .
Ada atau tidak perkara yang berlaku sebelum sakit bermula etc .
Sejarah semasa dilahirkan , sejarah penyakit lain
Berak, najis termasuk bau dan warna
Kencing , kekerapan dan lain lain
Tabiat makan dan apa yang disuka , apa yang dibenci serta alahan
Sejarah ahli keluarga

Selpas mendapat maklumat semua , saya akan membuat analisa dan mencari ubat yang serasi dan sepadan dengan pesakit secara keseluruhan .

Jika ada selsema demam dan batuk : Ubatnya satu sahaja , mengikut rentak demamnya, bunyi batuknya, warna kahaknya dan perangai apabila mengalami sakit berkenaan .
Contohnya : Bila seorang yang biasa berdikari dan tak suka dibelai menjadi manja dan melekat kepada ahli keluarga tedekat , kita perlu lihat gejala-gejala penyakitnya dan berikan ubat yang sepadan dengan kesemuanya . Kalau dimasa yang sama dia banyak menangis dan tidak dahaga, maka ubatnya adalah Pulsatilla .

Kalau pesakit mengidap dengue berdarah dan tak berhenti bercakap kita mungkin nak berikan Phosphorus atau Lachesis . Tapi ada beza antara dua ini . Maka kita perlu telitikan pula warna lebam dikulit, jika kebiruan lachesis dan jika tidak, phosphorus .Atau mungkin kita perlu tahu watak orangnya. Kalau yang disukai ramai dan peramah phosphorus , kalau lebih ‘devious’ dan sukar diselami Lachesis .

Kenapa begini ? Ini adalah penemuan yang telah dilakukan oleh doktor Homeopathy sejak 200 tahun dimana watak dan ciri-ciri orang yang memerlukan sesuatu ubat itu diperhatikan dan dicatit serta dibukukan .

Bila saya membuat analisa, saya mengunakan repertory.(9software) Saya akan masukkan semua ciri ciri yang relevan kepada seseroang pesakit dan kaji ubatan yang paling sesuai dan pilih satu untuk diberikan.

Ada kalanya satu ubat tidak dapat menangani semua ciri-ciri pesakit dan dengan ini mungkin lagi 1 atau 2 ubat akan dipilih .

Contohnya , pesakit yang mula sakit sebab kena trauma mungkin diberikan Arnica . Lepas itu dilihat pula dia ada allergy yang ada unsur genetik maka ubat yang dipilih perlulah ubat yang boleh rawat unsur genetic seperti arsenicum album atau mercurious vivus atau natrum mur dan pilihannya mengikut gejala dan ciri yang lain dalam pesakit .

Memang saya tahu , ada ramai pengamal homeopathy tidak lakukan ini semua dan inilah punca kegagalan rawatan . Sedangkan saya yang telitikan kesemuanya mungkin perlukan beberapa kali konsultasi sebelum dapat membawa perubahan positif kepada pesakit , inikan pula yang gagal mengambil sejarah yang tepat dan terus memberi 5-6 jenis ubat serentak !

Sebenarnya jika pembaca tahu cara homeopathy bertindak , pembaca akan faham bahawa untuk kebanyakkan penyakt kronik pendekatan polypharmacy akan menyebabkan penyakit menjadi lebih kompleks !