Contoh Penyembuhan Alami

Susulan dari posting yang saya tulis tentang Penyembuhan alami mengikut sunnah Allah ( natural laws of healing ) : Penyembuhan dari dalam keluar, dari organ penting kepada yang kurang penting, dari atas kebawah . Kulit yang terakhir untuk sembuh .

Ramai pesakit masih tidak dapat nilai sama ada semakin sembuh atau tidak terutama bila lihat seolah kulit bertambah teruk .

Sebagai latihan cuba nilai sama ada anak ini semakin sembuh :

Anak berumur 3 tahun, sakit eczema kes ini adalah kes rekaan tapi berdasarkan kes-kes benar .

Kulit semakin gatal tapi waktu gatal berubah, sebelum ini gatal dari petang hingga ke pagi esoknya sekarang gatal lepas pukul 4 pagi dan juga siang bila panas

Eczema lama kering tapi ada tumbuh baru  terutama ditempat tempat yang pernah disapu krim steroid dan juga eczema baru tumbuh di badan dan tangan, yang dimuka hampir sembuh .

Perangai berubah menjadi bising , melawan dan bertenaga ( aktif), sebelum ini senyap dan merengek. Kini banyak berceloteh dan dalam masa 2 minggu ini ( lepas makan ubat homeopathy ) bertambah ayat-ayat dan tatabahasa. Mula bergaduh denga abang , sebelum ini senyap dan menyendiri .

Hingus dari hidung  yang sebelum ini sentiasa ada sudah tiada.

Najis mula mula selepas makan ubat homeopathy menjadi cair, busuk berlendir , kini sudah menjadi lembut tapi masih busuk .

Apa yang akan berlaku seterusnya :

Kulit muka akan sembuh, dan eczema turun kebadan .

Najis akan bertukar menjadi bau najis biasa, ie bau pisang busuk dan juga akan lembut dan hari-hari .

Perangai dari melawan dan bergaduh menjadi lebih sopan dan dengar kata . Fasa melawan dan terlalu aktif berlaku disebabkan sebelum ini anak ini terbelengu dengan penyakitnya.  Yang kita nampak eczema tetapi usus , saraf dan tenaga turut terjejas dan dengan rawatan alami ia menyembuhkan secara menyeluruh !