Category Archives: For patients

Pengenalan kepada Homeopathy Dari Team Homeopathy Integrasi

logo Homeopathy Integrasi
Contact :Melaka 063842200, Cyberjaya : 010 5439157

Homeopathy

Homeopathy adalah satu sistem perubatan yang berdasarkan prinsip keserasian (serupa menyembuhkan yang serupa),diasaskan pada akhir kurun ke-18 oleh seorang doktor perubatan Jerman bernama Samuel Hahnemann. Prinsip keserasian ini menyatakan bahawa sesuatu bahan yang boleh menghasilkan sekumpulan symptom dalam tubuh yang sihat, dalam dos yang rendah akan mampu menyembuhkan symptom yang sama dalam tubuh yang sakit dalam keadaan tertentu.
Hipocrates iaitu bapa perubatan dari kurun ke-4 sebelum masihi pernah menerangkan tentang kedua-dua kaedah ‘keserasian’ dan ‘bertentangan’ yang berpotensi memberi kesan positif dalam rawatan penyakit. Beliau juga berpendapat bahawa kebanyakan fenomena patofisiologi yang terjadi misalnya demam, erupsi kulit dan sebagainya adalah fenomena tindakbalas ‘pertahanan’ badan yang penting. Pengamal perubatan harus memahami fenomena-fenomena ini supaya tindakbalas yang berfaedah dapat digalakkan dan yang berbahaya disekat.

Memahami homeopathy daripada aspek imunologi
Homeopathy bertujuan merangsang daya penyembuhan semulajadi tubuh dengan menggunakan penawar homeopathy yang telah melalui proses dinamisasi apabila ‘kuasa hayat’ atau ‘tenaga hidup’ tidak lagi mampu untuk melawan penyakit dengan sendiri. Dalam erti kata lain, ia merangsang pengaktifan sistem rawatan dalaman tubuh badan yang juga dikenali sebagai sistem imunisasi tubuh termasuk jalinan neuroendokrin di sekitarnya.

Maklumat penting berkaitan penawar homeopathy
– Kebanyakan sumber ubat berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan (seluruh atau sebahagian), unsur haiwan (lebah madu, susu lembu dll.), bahan kimia organik dan bukan organik (asid asetik, natrium klorida, dll.), dan sebagainya.
– Penawar yang digunakan telah diuji secara teliti ke atas tubuh manusia yang sihat agar kesan tindakannya yang asli dan secara langsung boleh disenaraikan.
– Penawar yang menghasilkan tindakbalas serupa di dalam tubuh yang sihat akan menyebabkan reaksi yang lebih kuat dalam tubuh pesakit berbanding pengaruh patologi daripada penyakit yang dihidapi itu sendiri.
– Penyakit perlu dikaji secara keseluruhan (bukan hanya pada symptom atau kesan patologi yang dipamerkan) untukmemastikan akan berlakunya komunikasi antara kedua-dua unsur iaitu penyakit dan penawar.
– Pemilihan penawar mestilah berdasarkan kepada kumpulan symptom individu yang menggabungkan kedua-dua aspek mental dan fizikal dan bukannya berdasarkan nama penyakit yang dihidapi.
– Penawar mesti digunakan dalam dos minimum yang efektif disesuaikan mengikut tahap sensitivity individu tersebut.

Peranan homeopathy dalam penjagaan kesihatan

– Penyakit kronik – Homeopathy merupakan salah satu sistem rawatan terbaik yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik yang berpunca samada daripada keturunan ataupun yang dihidapi berikutan kemerosotan kuasa dalaman yang disebabkan oleh jangkitan berunsur dinamik yang di panggil ‘miasm’. Kebanyakan penyakit kronik utama yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit auto-immune, penyakit neoplasia, penyakit kulit dll. adalah kesan evolusi miasm kronik yang telah bertapak lama di dalam sistem badan individu tersebut dan mengakibatkan kemerosotan ‘kuasa hayat’ sehingga tidak mampu lagi berfungsi secara sendiri untuk mengembalikan kesihatan seperti asalnya.
– Penyakit akiut – Dalam kes serangan akiut homeopathy bertujuan membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan, juga melegakan dan memendekkan tempoh penderitaan ketika berlakunya serangan wabak seperti cholera and denggi, atau penyakit berjangkit seperti chicken pox, demam campak dan sebagainya.
– Pencegahan penyakit – Homeopathy telah dibuktikan dapat memberi impak positif dalam usaha mencegah dan merawat sesetengah penyakit seperti Leptospirosis (Cuba, 2007), demam wabak (India, 2007) dan sebagainya.
– Kecederaan, kemalangan, rawatan sebelum dan selepas pembedahan – Homeopathy mempunyai kumpulan ubat yang pelbagai bagi rawatan kecederaan mengikut kategori berbeza iaitu kecederaan otot, tendon, sendi, rawan, tulang, saraf, dan sebagainya. Antara ubat yang biasa digunakan adalah seperti Arnica, Calendula, Echinacea, Hypericum, dan lain-lain. Ubat-ubat ini sememangnya dikenali berkesan sebagai antiseptic yang sangat baik untuk rawatan luka, mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat kecederaan, juga dalam rawatan mengatasi tekanan selepas pembedahan (PTSD).
– Rawatan ketika mengandung – Ubat homeopathy yang diberikan kepada wanita mengandung adalah dalam dos yang minimum yang bertindak secara lembut dan selamat. Ramai pesakit yang menggunakan rawatan homeopathy di sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin dan dalam tempoh berpantang.
– Kesihatan kanak-kanak – Kanak-kanak selalunya memberi respon yang baik kepada rawatan homeopathy kerana penyakit mereka adalah kurang kompleks berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak biasanya mempamerkan simptom yang lebih jelas sekaligus memudahkan proses pemilihan ubat yang tepat.

Orang-orang terkenal yang menggunakan homeopathy
Ratu Elizabeth II, United Kingdom
– “Terdapat 60 botol ubat homeopathy di dalam beg Ratu Elizabeth, disimpan secara rapi di dalam sebuah beg kulit yang akan dibawa kemana-mana sahaja Ratu Elizabeth pergi”. – Daily Mail, 25 Mei 2012.
Annabel Croft (bekas pemain tenis wanita no.1 British dan kini merupakan penyampai radio dan pengacara TV).
– “Annabel akan mengambil ubat homeopathy sebelum setiap perlawanan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan”. – The Telegraph, 22 Jun 2009.
Jean-Marcel Ferret (doktor bagi pasukan bola sepak kebangsaan Perancis 1993-2004)
– “Kami berpendapat bahawa ia sesuatu yang berfaedah untuk memberikan suatu nafas baru dalam arena perubatan sukan, homeopathy adalah satu jalan penyelesaian yang memberi kesan cepat dan efektif sama seperti yang diberikan oleh rawatan konvensional, ia juga mempunyai kelebihan lain iaitu bebas daripada kesan toksik ubat-ubatan.” – “Homoeopathy in Sports Medicine” 2nd Ed. (1998) by Jean-Marcel Ferret and Henri Koleckar
Mahatma Gandhi (Ketua gerakan kemerdekaan India)
– “Homeopathy mencatatkan peratusan kes kesembuhan yang lebih tinggi berbanding sistem rawatan yang lain. Homeopathy adalah sistem rawatan mutakhir yang merawat pesakit menggunakan kaedah yang halus, murah dan tidak menyakitkan.” – World Homoeopathic Directory 1982, New Delhi: World Homoeopathic Links, p32 petikan daripada ucapan pada 30 Ogos 1936
Paul McCartney (ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu, ahli kumpulan The Beatles)
– “Saya sentiasa perlukan homeopathy. Saya akan membawa ubat homeopathy ke mana sahaja saya pergi. Saya memang selalu menggunakannya,” – Daily Telegraph, 12 Ogos 1989

Homeopathy Integrasi

Misi kami adalah untuk menyumbang kepakaran dan khidmat kami kepada mereka yang memerlukan. Kami percaya bahawa penyakit adalah ujian atau cabaran untuk kita memperbaiki diri dan mengamalkan cara hidup yang betul. Kami ingin berkongsi pengalaman dan perjalanan kami dalam membantu pesakit kearah kesembuhan supaya lebih ramai lagi yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik bukan sahaja sihat dari sudut fizikal malah tenang pada emosi dan fikirannya untuk mencapai matlamat dan kualiti hidup yang optima.

Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman, MBBCh(Alex), MFHom(UK), DRM
Dr. Suriyakhatun adalah seorang pengamal perubatan homeopathy yang juga seorang doktor perubatan yang mendapat kelulusan dari University Alexandria, Mesir sejak tahun 1980. Beliau juga telah memperoleh Diploma Lepasan Ijazah Perubatan Reproduktif dan merupakan salah seorang ahli Fakulti Homeopathy United Kingdom. Sebagai seorang doktor perubatan konvensional yang juga mengamalkan homeopathy dan rawatan penyembuhan tenaga, beliau melihat masalah kesihatan daripada pelbagai sudut dan memberikan rawatan melalui pelbagai kaedah perubatan. Antara kes yang berjaya beliau tangani termasuklah kanak-kanak autistik, masalah buah pinggang dan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan alahan, dan juga pelbagai masalah gangguan emosi seperti gejala OCD dan serangan panik.

Nadia Bukhair, BHMS, DHMS
Teh Chye Phing, BHMS, DHMS, BSc(Hons)

Nadia dan Teh adalah graduan daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang merupakan universiti pertama dan satu-satunya institut pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan kursus homeopathy dengan pembelajaran secara sistematik serta diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka berdua pernah mengikuti latihan klinikal di India di bawah pemantauan pengamal-pengamal homeopathy dan doktor perubatan yang berpengalaman di sana.
Syahidah adalah seorang yang mengamalkan prinsip keagamaan sebagai panduan dan tatacara hidup. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang psikologi, beliau cenderung untuk mendengar dan memahami dengan teliti situasi setiap pesakit ketika proses pengambilan kes untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang paling sesuai dengan ciri-cirinya secara individu.

Teh pula telah berkecimpung dalam bidang homeopathy sejak tahun 2005. Beliau banyak mendapat bimbingan daripada ramai pengamal homeopathy yang berkaliber samada dari dalam ataupun dari luar negara di mana beliau telah belajar secara langsung melalui kes yang dikendalikan menggunakan seni rawatan homeopathy. Beliau juga amat berminat dalam bidang penyelidikan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini perubatan homeopathy sedunia.

Apakah yang berlaku ketika pengambilan kes homeopathy?
Pengamal homeopathy akan merekodkan secara terperinci sejarah pesakit dan butir-butir berkaitan untuk mencari keserasian antara simptom-simptom pesakit dengan ciri-ciri ubat yang paling sesuai untuk merawat pesakit tersebut. Selain penyakit utama dan masalah-masalah sampingan, faktor-faktor yang akan dititikberatkan untuk pemilihan ubat adalah seperti punca masalah yang dihadapi, modaliti simptom, keadaan kesihatan mental dan emosi serta status kesihatan umum fizikal.

Apakah keunikan Homeopathy Integrasi?
– Kaedah rawatan kami adalah berdasarkan prinsip asas homeopathy yang mana keberkesanannya telah disahkan melalui praktis sejak lebih 200 tahun yang lalu.
– Ahli kumpulan kami terdiri daripada doktor perubatan dan pengamal homeopathy professional yang telah mendapat latihan secara bersepadu dari institusi-institusi yang diiktiraf.
– Diketuai oleh seorang pengamal homeopathy berpengalaman yang juga merupakan seorang doktor perubatan dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang klinikal.
– Keutamaan kami bukan sahaja pada kesihatan fizikal pesakit tetapi juga merangkumi kesihatan mental dan spiritual yang mana kami akan membantu pesakit untuk meningkatkan kualiti hidup.
– Prioriti kami adalah keselamatan dan kesejahteraan pesakit – rawatan akan diberikan supaya pesakit mendapat faedah yang sepenuhmya dan kes-kes tertentu akan dirujuk kepada pakar perubatan bertauliah jika perlu.
– Kami sentiasa berusaha mengenalpasti faktor-faktor yang berkemungkinan menghalang proses pemulihan dan memberi nasihat serta cadangan berkaitan diet dan tatacara hidup yang sihat kepada pesakit sebagai rawatan sampingan.

Notakaki

Buat sementara waktu sehingga HI ada ofis sendiri di Ostia Bangi, HI bernaung dibawah Penawar Homeopathy di aras 2  Wisma Unikeb UKM Bangi .

Penyembuhan Penyakit Secara Alami

 

Ubat homeopathy
Ubat homeopathy

vegetablesherbs

Badan kita ada cara penyembuhan tersendiri . Sesiapa yang dapat dirawat dengan cara penyembuhan yang menyokong badan untuk sembuh akan mengalaminya .

Cara rawatan alami termasuk mengubah pemakanan , menghentikan kimia dan racun, homeopathy, sebahagian dari rawatan herba ( rawatan herba juga boleh menjadi rawatan anti ) , pemakanan kesihatan , energy healing dan spiritual healing  serta lain-lain yang ada persamaan dengan yang disebut.

Namun kini disebabkan cara rawatan yang hanya melenyapkan simptom penyakit berleluasa, kita tidak faham cara badan sembuh dan inginkan supaya apa yang menyakitkan kita dinyahkan serta merta dengan mengunakan cara yang keras dan kimia serta dadah yang memaksa badan untuk tidak menunjukkan gejala sakit .

Jangan salah faham pula maksud saya ! Adakalanya tindakkan drug diperlukan ( drug action ) dalam menangani penyakit . Contohnya : bila tekanan darah terlalu tinggi akan menjejaskan jantung dan urat darah ( blood vessels ) maka adalah bahaya membiarkan tekanan darah terus tinggi !

Dalam situasi dimana gula dalam darah atau tekanan darah terlalu tinggi atau lelah menjejaskan pernafasan atau bengkak menghalang proses badan yang wajib, maka wajar mengunakan apa cara sekalipun untuk mengatasi keadaan . Inilah situasi untuk mengunakan ubat anti . Antiinflamatory, anti asthmatic , antihypertension dan ubat hypo; hypoglyceamic ( turunkan kadar gula ) .

Bila ada keadaan dimana pembedahan menjadi wajib untuk selamatkan nyawa maka adalah juga wajar menjalaninya !

Bila alat bantu nafas diperlukan atau intravenous drip perlu dipasang, ini juga wajar !

Untuk penyakit kronik yang tidak mengancam nyawa pula, yang disebabkan oleh fungsi badan yang tidak optima dengan penyebabnya terdiri dari  :

  1.  Kelemahan genetik
  2. Gaya hidup
  3.  Alam sekitar
  4.  Kimia ( inorganik)  dan toksin organik
  5.  Pemakanan tak seimbang /beracun
  6. Trauma pada emosi
  7. Trauma pada badan

Penyembuhan alamilah yang wajar dicari untuk merawat .

Dengan penyembuhan alami beberapa fenomena mungkin berlaku :

  1. Healing crisis : Sebagai contoh, bagi yang ada masaalah usus, mikrobiota dalam usus tidak optima, banyak patogen dari bakteria baik dan bila mengambil prebiotic atau probiotic reaksi awal adalah ceret beret dan berak berlendir . Ini disebabkan rombakkan yang dilakukan dalam usus apabila populasi bakteria baik meningkat dan bakteria dan kulat patogen mula mati mengeluarkan bahan buangan yang banyak.  Reaksi healing crisis perlu dibezakan dengan allergi /tidak serasi kepada pro atau prebiotic .
  2. Keluar ruam, bisul, kudis dikulit apabila penyakit dalaman dirawat . Contohnya pesakit ada lelah dan bila dirawat lelah kurang  kudis naik. Keadaan ini perlu ditangani dengan baik sebab jika merebak adalah bahaya. Kudis tidak sepatutnya merebak sehingga tahap bahaya .
  3. Penyakit sembuh, penyakit lama datang semula . Ini mengikut arah penyembuhan dan rawatan perlu disemak ( review ) serta bahan pengubatan disesuaikan semula dengan gejala dan semboyan terkini .
  4. Penyakit baik dibahagian atas dan timbul pula dibahagian bawah. Ini juga  adalah arah penyembuhan yang betul .
  5. Pesakit yang pendam perasaan bertukar menjadi pemarah ( ini adalah reaksi badan mengeluarkan punca penyakit yang selama ini dipendam )
  6. Emosi bertukar menjadi tenang dan wujud perasaan positif  dan tenaga bertambah

Rawatan salah arah bila berlaku perkara begini

  1. Timbul penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini : untuk rawatan homeopathy ini bererti ubat diberi terlalu lama dan diulang terlalu kerap atau ubat diberi secara komplex ( banyak ubat sekaligus )
  2. Penyakit kulit sembuh tapi datang penyakit jantung atau sendi ( arah penyembuhan  songsang)
  3. Untuk kes eczema yang ada dikaki , yang dikaki baik naik semula dimuka dan badan ( arah penyembuhan songsang )
  4. Penyakit fisikal baik tapi timbul murung, tak selera makan dan letih badan : petanda bahawa ubat sebenar tidak sembuhkan tapi hanya melenyapkan simptom sakit ( suppression of symptoms )

Akhirkata: Jangan ingat rawatan alami tidak ada risiko atau boleh silap . Jika penawar, supplement , ubatan yang diberikan tidak mengikut penyakitnya dan tidak mengambil kira gejala dan semboyan badan seperti watak, emosi, keadaan panas/sejuk , susuk tubuh, keturuan/genetik  maka rawatan alami bukan setakat akan gagal tetapi akan membahayakan !

 

 

Menilai Homeopath yang baik

Ramai yang tanya saya untuk tahu homeopath yang baik.

Mungkin lebih baik saya  sebut ciri-ciri homeopath yang baik

Lihat sama ada homeopath yang anda konsult  lakukan atau tidak :

  • Ambil sejarah lengkap. Tanya tentang sejarah penyakit, sejarah lahir dan mengandung untuk.bayi dan anak, emosi dan watak, thermals, sejuk & panas, najis, tidur dan sejarah keluarga serta emosi keluarga etc.
  • Buat analisa sebelum memilih ubat dan berikan satu ubat sahaja dalam satu masa atau dua ubat yang bersifat komplementari .
  • Tidak memberi ubat kombinasi yang potensi lebih dari 10c dan tidak memberi banyak jenis kombinasi dalam masa yang sama .
  •   Memberi keterangan tentang gejala penyembuhan yang mungkin berlaku serta teraangkan cara ubat homeopathy bertindak.
  • Berusaha mengurangkan gejala aggravasi dengan menghentikan ubat atau jarakkan dan cairkan bila berlaku.
  • Ubah ubat bila gejala dan semboyan berubah .
  • Tahu dan beri tunjuk ajar pemakanan dan hygiene setiap penyakit.

 

Merawat demam selsema ( common cold )

Gejala demam selsema
Gejala demam selsema

Dalam merawat kes demam atau ceret beret, muntah-muntah, bila penyakit itu berpunca dari virus, kita perlu faham bahawa virus itu tidak dapat dimatikan dan virus itu akan mengikut kitarannya .

Contohnya: Virus selsema ( common cold ) ie adenovirus : Bermula dengan sakit /perit tekak, di ikuti dengan demam, rasa tak sedap badan, selepas itu selsema, dan kadangkala berakhir dengan batuk . Selsema akan bermula cair lepas itu menjadi pekat barulah baik .

Bila kita mengambil penawar homeopathy yang similia ( telah dipandankan kepada gejala dan semboyan penyakit ) kita akan rasa lega , kalau sakit tekak, dia akan kurang, kalau lenguh, akan kurang lengoh dan sebagainya namun turutan penyakit itu tetap ada cuma kadarnya kurang. Adakalanya ubat perlu ditukar bila gejala dan semboyan bertukar ( signs and symptoms ). Bila sembuh , badan akan ada antibody terhadap virus yang menyerang.

Apa pula dengan rawatan biasa ? Rawatan biasa mengunakan ubat demam -paracetamol, kalau perlukan tambahan ubat menahan sakit kita boleh berikan mefenemic acid lebih dikenali sebagai ponstan, ubat kering hingus seperti actifed , antibiotic bila hingus pekat untuk matikan kuman yang sebenarnya kuman sedia ada dibadan yang menyebabkan proses hingus jadi pekat , ubat tahan batuk seperti dextromethopan .

Adakah ubatan ini menyembuhkan demam selsema itu atau matikan virus ? Jawapannya tidak dan malahan ia menjejaskan proses penyembuhan badan” ie it is immunosuppressant” . Adakah ubatan ini mempunyai kesan sampingan? Jawapannya ya kesemuanya ada kesan sampingan.

Adakah ia lebih melegakan gejala dan semboyan ? Jawapannya ya, lebih melegakan tapi dengan cara memaksa badan untuk tidak memberi respons kepada virus . Cara badan memberi respons adalah sebahagia mekasisma sistem immune badan maka meleyapkan respons badan menekan dan melemahkan sistem immune .

Antibiotik boleh menghilangkan hingus pekat dan sekaligus mematikan bakteria probiotik dalam usus dan segala bakteria yang memang duduk dalam dan luar badan. Kesan sebaliknya : Membuka ruang pada kulat seperti candida serta bakteria patogen yang boleh mengambil kesempatan untuk menyerang ketika bakteria “kawan” telah dimatikan . Bakteria “kawan ” sedikit sebanyak menghalang bakteria jahat atau disebutkan patogen, ie membawa penyakit .

Ini tidak bererti saya anti perubatan konvensyenal : Adakalanya antibiotik perlu, adakalanya mustahak untuk redakan demam, bila tahap demam terlalu tinggi . Maka Allah swt telah memberikan kepada kita cara untuk ubat secara menyokong badan dan dikala kecemasan , cara mengubat dengan memaksa badan melenyapkan gejala dan semboyan ( symptomatic treatment ) . Keduanya ada peranan dan tempat . Namun disini kadangkala bila anak sakit , ibu bapa menganggap setiap penyakit itu adalah keadaan kecemasan dan akan segera dapatkan ubat untuk meleyapkan gejala dan semboyan. Akibatnya : ubatan yang keras dan kuat sentiasa dimasukkan kebadan kecil itu dan seringlah anak itu sakit sebab sistem immune tak dapat berkembang.

CADANGAN STARTER HOMEOPATHY HOMEKIT

 

Ubat homeopathy
Ubat homeopathy

1.Aconitum Napellus. (Aconite)

Ini adalah penawar utama untuk kes terperanjat. Juga untuk demam yang datang dengan tiba-tiba.

Sesuai untuk kes bayi yang deman tiba-tiba selepas terperanjat atau, selepas terdedah kepada angin sejuk .
Gejala demam yang memerlukan aconite ialah panas, kering, haus , gelisah.
Pesakit yang memerlukan Aconite berkeadaan gelisah dan takut. Kadangkala terasa dirinya akan mati dan juga takut mati. Ini sering perasaan orang selepas kemalangan, atau mendapat serangan sakit tiba-tiba contohnya stroke atau heart attack .
Aconite berguna untuk radang peringkat permulaan dan jarang digunakan untuk kes yang sudah lama dan sudah bernanah. Radang di mana-mana saja berbentuk merah , sakit dan bengkak.

2.Allium Cepa.(bawang merah)

Penawar ini adalah penawar untuk peringkat permulaan selsema, dan gejala selsema yang memerlukan allium cepa ialah selsema yang berserta hingus cair yang memerahkan tepi hidung dan ruang kulit bawah hidung serta mata juga merah dan berair, dan tekak kering dan perit. Oleh kerana bawang merah menyebabkan mata dan hidung berair, ia kerap digunakan untuk selsema dan bersin yang timbul dari alahan (hayfever)Gejala penyakit yang ia boleh merawat ialah hingus yang cair dan meyebabkan pedih hidung.
Pesakit terasa rimas dibilik yang panas dan lebih suka berada di luar atau di bilik yang sejuk.

3.Apis mellifilica (honey bee)

Penawar ini sering digunakan untuk gigitan serangga yang berbentuk merah dan keras serta sakit.
Juga bila ada kes urticaria atau yang disebut kelopak garam, bila mana sakitnya lega dengan dikenakan air dan pesakit terasa panas dan suka mandi ia akan meredakannya.
Apis adalah di antara penawar psaikologi untuk orang cemburu.Kes yang memerlukan apis kerap kali tidak mengalami dahaga,kecuali kes demam yang memerlukan apis. Apis juga adalah diantara penawar utama untuk kes radang buah pinggang di mana pesakit tersangat sembab terutama di kawasan muka di mana kelihatan sembabnya di bawah mata.

4. Arnica (mountain daisy):
Ini adalah penawar utama di dalam kes kecederaan atau luka sebagai rawatan cemas. Ia berguna di dalam kes pendarahan yang membawa kepada kurang pengaliran darah keotak (shock) dan juga kecederaan yang menyebabkan lebam. Ia boleh mengurangkan rasa sakit dari kecederaan dan mempercepatkan prosess penyembuhan.Sama ada anda mengalami sengal sengal atau kecederaan selepas bersenam atau bersukan, Arnica boleh menolong menyembuhkannya.
Arnica sering digunakan bersama aconite di dalam kes kecederaan terhasil dari kemalangan yang melibatkan trauma kepada badan dan juga keadaan terperanjat emosi.

5.Belladonna
Gejala utama bell adalah panas, merah, kering dan kerap terperanjat. Sakit kepala bell berdenyut denyut dan melarat bila berjalan atau bergerak. Kanak-kanak yang demam bell akan tersentak semasa tidur bezanya dengan Aconite, sering yang memerlukan bell tidak haus.kes kanak kanak demam yang senang mendapat sawan tarik (febrile fit) kerap kali dapat disembuhkan dengan bell.

6. Bryonia
Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering di
perlukan, terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak. Sakit apabila menarik nafas dan bergerak pun sakit . Kanak-kanak akan cuba duduk sediam yang mungkin. Kanak-kanak ini tidak suka bilik panas dan batuk akan melarat di bilik panas serta selepas makan dan minum.
Tekak mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk. Batuk mungkin diiringi dengan perasaan loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.
Ciri penting bryonia ialah melarat bila bergerak dan haus, meminum air banyak.Sering digunakan pada bengak sendi yang mempunyai ciri sakit bila bergerak. Kes bryonia suka duduk diam dan tidak mahu bergerak sebab pergerakan adalah sakit

7. Chamomilla (chamomille):

Ramai ibubapa mendapat keselesaan tidur malam dengan kegunaan penawar ini ! Chamomilla
adalah penawar utama untuk kanak kanak yang meragam di waktu malam, terutama yang
kembung atau sedang tumbuh gigi.Kanak-kanak yang menangis tanpa sebab dan perlu
didukung, dan akan menangis semula sebaik saja diletak memerlukan chamomilla.

8. Ferrum phos
Demam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta-merta pada kanak-kanak yang berwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepalanya panas. Boleh digunakan secara rutin di dalam kesemua kes selesema yang di peringkat hingus meleleh. Penawar ini digunakan dengan fahaman biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika dibancuhkan sebiji dengan potensi 6c atau 12c dan diberikan setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas.

9. Hypericum (St. John’s wort):
Penawar ini adalah yang pertama perlu difikirkan apabila urat saraf terlibat di dalam
kecederaan.Mana-mana kecederaan yang mengalami sakit yang mencucuk (shooting pains). Kawasan yang cedera yang mengandungi banyak urat saraf termasuklah, jari dan jari kaki , dan tulang belakang.. Kalau jari tersepit pintu, inilah penawarnya!

10. Ignatia (St. Ignatius bean):
Suatu hari kelak, mungkin penawar ini digunakan oleh sebilangan pakar psikiatrik. Ia adalah penawar yang terkemuka untuk kedaan duka yang datang mendadak seperti kematian , perpisahan, kerisauan dan gundah gulana. Gejala pesakit ialah ia mudah mengeluh dan mungkin terasa sesuatu terlekat dikerongkong dan kadangkala mengiggil.

11. Ledum
Ledum digunakan untuk luka yang mencucuk atau menikam seperti tercucuk paku, jarum atau benda tajam yang lainnya.Luka dari paku karat yang besar dan panjang memerlukan rawatan doktor akan tetapi tiada salahnya kalau diberi ledum juga. Adakalanya ledum juga berkesan untuk gigitan serangga.

12. Magnesia phosphorica (phosphate of magnesia):
Penawar ini adalah yang sangat berkesan untuk penyakit kijang (cramps), termasuk senggugut.
Gejala yang dialami adalah pesakit perlu bongkokkan badan kedepan dan terasa lega dengan menuam benda panas ke kawasan yang sakit.

13. Nux vomica (poison nut):
Ini adalah penawar utama bagi penyakit yang timbul dari ubat-ubatan (kesan sampingan drugs) termasuklah kesan sampingan memakan terlalu banyak rempah, maajun atau jamu. Gejala Nux Vom termasuklah, terasa terlalu peka kepada bau-bauan dan bunyi bising , letih belajar, pedih perut dan sembelit, tak tahan angin sejuk Selalu nya orang yang ,memerlukan Nux Vom termasuk kategori baran ( irritable).

14. Nat mur
Kanak kanak yang memerlukan nat mur pendek dan kurang berat badan, selalu panas, senang merajuk dan sukar dipujuk dan suka makan masin. Selsema nat mur cair dan meleleh. Muka remaja yang memerlukan nat mur berminyak dan berjerawat. Selalu terasa panas, sama ada terlalu sukar untuk menitiskan air mate atau terlalu mudah.
Wanita nat mur pula memendam perasaan, kelihatan tenang dan menyimpan perasaan .
Watak nat mur sukar diselami sebab tidak suka bercerita tentang diri sendiri. Penawar ini berwatak penyedih

15. Phosphorus
Kanak-kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang kering dan berbunyi kuat serta mengidap sakit di bahagian dada. Batuk bertambah teruk apabila berbaring, terutama bila berbaring ke sebelah kanan. Mereka berjaga malam dan perlu bangun dan duduk untuk melegakan batuk. Batuk juga bertambah semasa bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas ke bilik sejuk sepertimana berpindah masuk ke dalam kereta berhawa dingin. Untuk melegakan sakit dada, kadang kala mereka meletakkan tangan ke dada. Berselimut melegakan perasaan ketat di dada. Mereka suka air sejuk, atau air batu. Batuknya menyebabkan terasa lemah dan letih. Kadang kala lendir atau hingus berdarah dan suara menjadi serak. Seringkali saya mengunakan penawar ini berdasarkan bentuk badan dan watak. Watak phosphorus adalah penakut, takut gelap, takut petir, sensitif, suka berkawan, badan kurus dan tinggi. Amat berguna untuk batuk lelah bilamana gejalanya bersamaan dengan penawar ini.

16. Pulsatilla (windflower):
Barangakali Pulsatilla adalah penawar yang paling kerap diberi kepada kanak-kanak dan wanita oleh kerana ciri-ciri tertentu penawar ini.
Ia sesuai untuk kanak kanak yang selalu panas tetapi tidak tahan terlalu sejuk, wanita yang boleh pengsan kalau pakai tudung terlalu tebal, senang menangis, manja tetapi kadangkala garang, kanak-kanak yang melekat dekat maknya. keadaan emosi nya berubah dengan cepat tetapi ia ingin membuat yang disukai orang.
Kanak-kanak yang sering menangis dan mahu didokong tetapi berbeza dengan chamomilla, Kanak kanak ini menangis manja sedangkan chamomilla menangis kemarahan! Kerap kali pesakit pulsatilla tidak suka makan dan tidak juga haus.

17. Rhus tox (poison ivy):
Penawar ini adalah yang paling kerap digunakan untuk terkehel otot. Bila ia mula bergerak, pergerakan itu sakit, tetapi bila ia terus bergerak terasa lega pula.Juga orang yang akan mengalami demam atau lengoh sendi ketika hujan. pada waktu malam, ia mengalami sengal otot yang menyebabkan ia perlu kerap bertukar posisi.

18. Staphisagria
Penawar staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staph agak berbeza.
Selalunya ia timbul di kalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau
ibu/ayah , atau majikan yang garang. Si mangsa geram di dalam dan bertindak secara mogok atau sekali sekala terlepas geram. Seorang iseri yang sering megidap migraine telah pulih dari penyakit yang telah timbul beberapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merawatnya saya telah bertanya, apakah perasaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjawab, saya terasa terparangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan perkataan yang kesat dan siisteri cuma berdiam diri bila dimarah. malahan di depan saya pun suaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Agak anih kes ini sebab siisteri belajar bagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan persaannya yang telah lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuami bertambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balas dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.

Tambahan :

Gelsemium. Ubat utama untuk flu. Tersangat letih, mengigil yang terasa dekat tulang belakan, mengigil, lengih sendi , berat mata dan kepalam

 

19.  Eupatorium. Ini antara ubat demam flu dan demam dengue. Satu lagi adalah  penawar demam dengue adalah phosphorus. Apa-apa jenis demam yang tersangat lenguh sendi boleh ditolong dengan Eupatorium .

 

20  Arsenicum Album. Penawar utama untuk kes keracunan makanan. Pesakit risau dan nak diteman. Sesuai untuk sesiapa yang teramat risau dan takut mati . Gejala dan semboyang semakin kuat tengah malam sehingga tiga pagi . Haus tetapi nak air sikit sikit sahaja.

 

 

HOMEOPATHY RAWATAN PSIKOLOGI

Ubat Homeopathy, tanpa dadah !
Ubat Homeopathy, tanpa dadah !

Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih , mengubah watak yang baran, merawat anak anak yang bebal dan sebagainya.
Sebenarnya setiap penawar homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasalah.
Disini saya sekadar memberi beberapa contoh yang telah diambil dari kes kes yang benar benar berlaku sebagai illustrasi supaya dapat difaham skop rawatan homeopathy untuk merawat emosi dan mental.

Bagaimana penawar homeopathy boleh mengubat penyakit emosi?

Pertama ,mari kita lihat bagaimana perangai dibentuk. Boleh dikatakan bahawa setiap watak dicorak oleh pengalaman pengalaman sendiri sejak bayi lagi, malahan sejak dari didalam perut ibu lagi. Setiap yang berlaku kepada kita mempunyai kesan pada emosi. Didapati bahawa ` trauma ‘ kelahiran boleh membawa kesan keatas bayi. Pengalaman bayi sebelum ia mempunyai memori tentang nya pun boleh berkesan keatas emosi dan wataknya. ( Daniel Goleman – buku Emotional Intelligence)
Jika misalnya bayi berumur dua tahun telah mengalami keadaan terperanjat yang melibatkan seorang lelaki berjanggut tebal, mungkin bila dewasa, inidividu ini akan takut kepada semua orang yang berjanggut  tebal,. akan tetapi dia tidak akan faham kenapa dia takut.
Lebih lagi dari ini, katakanlah ayah dan ibu hidup susah melarat dan pernah dianiaya dan dengan ini mempunyai perasaan rendah diri dan juga, disebabkan perasaan susah ini telah membenci orang yang menindasnya. Keadaan psaikologi ayah dan ibu secara tidak langsung akan dirasai oleh anak tanpa diketahu sebab, maka mungkin dia akan benci orang tanpa  memahami kenapa dan dia juga akan berperasaan rendah diri seperti perasaan ibu ayah tanpa memahami dari mana perasaaan ini datang.

Inilah yang dinamakan ‘scripting’  dan sesuatu kaum boleh mewarisi perasaan perasaan nenek moyangnya. Mungkin di bumi Melaka misalnya, dimana telah hilang kuasa politik berkurun dahulu, budaya dijajah dan tunduk serta taat kepada pemimpin tidak kiralah betapa jahat sekalipun menular kuat didalam keturunan kita.

Maka lihat pulalah pada penawar homeopathy:

IODUM , misalnya adalah sesuai untuk kaum yang telah terpaksa berhijrah meninggalkan
kampung halaman dan terasa sebagai yang dibuang daerah dan berpegang kuat pada tradisi lama nya. Iodum amat sesai untuk pejuang yang di sisih kerana berpegang teguh pada prinsipnya.

ARNICA  penawar untuk trauma yang merangkumi trauma emosi serta fisikal.
Suatu kes saya, seorang isteri yang sering dipukul suami yang tidak bertanggung jawab ((abusive- domestic violence) maka dia datang didalam keadaan lebam-lebam serta sakit, saya telah memberinya Arnica untuk mengubat lebamnya, apa yang berlaku, rupanya Arnica telah merawat lebam jiwanya sekali dan dua minggu kemudian saya telah dapati wanita ini mempunyai jiwa yang lebih kuat yang telah menyebabkan dia dapat bertindak untuk melepaskan diri serta anak -anaknya dari suami yang kejam itu.Tidak dapat saya ceritakan betapa air mukanya telah mencerminkan kekuatan emosi yang telah berlaku didalam jiwanya. Maka Arnica salah suatu ubat mustahak untuk rawat domestic violence, verbal abuse dan juga sexual abuse.

NATRUM MUR adalah penawar yang boleh mengubati jiwa yang sering memendam rasa. Jiwa nat mur sering menyimpan perasaan sehingga sukar untuk menangis.Tangisan yang terpendam boleh menyebabkan selsema dan kahak atau lebih dari ini ; sakit perut, radang dan lain-lain.
Kes : Seorang pesakit saya mempunyai wajah yang kelihatan bermasaalah , dahinya berkerut dan pernah saya bertanya pada kawan yang datang dengan pesakit ini , adakah pesakit ini memarahi saya akan tetapi jawab kawannya ini tidak begitu, wajah kawan ini memang begitu sejak bertahun lamanya.
Pesakit saya ini telah mengalami kematian ibunya yang meninggal akibat cancer payudara
semasa pesakit ini masih sekolah rendah lagi. Hidupnya sejak kecil mengalami berbagai tribulasi sehinggakan  dia belajar memendam rasa.  Dia mengidap kahak dibelakang tekak dan sukar untuk mengandung. Setakat ini setelah diberi natrum mur, saya dapati dan ini telah diakui oleh suaminya, pesakitsaya ini sudah hilang kerut didahi, dan kelihatan berseri dan kahak dibelakang tekak sudahpun tiada. Tempuh rawatannya adalah dua bulan. Dia kelihatan tenang dan wajahanya mencerminkan jiwa yang tidak terbeban dengan masaalah. Dia seorang guru dan saya telah diberithau prestasi kerjanya yang memang baik telah bertambah cemerlang.

Penawar STAPHISAGRIA  juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staphisagria agak berbeza.
Selalunya ia timbul dikalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau
ibu/ayah, atau majikan yang garang. Si mangsa mempunyai geram yang  terpendam dan bertindak secara mogok atau sekali sekala terlepas geram, seperti gunung berapi.

Kes: Seorang isteri yang sering megidap migraine telah pulih dari penyakit yang telah timbul bebrapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merawatnya saya telah bertanya, apakah persaan anda tentang perkahwinan anda? Ia menjwab, saya terasa terperangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan perkataan yang kesat dan si isteri cuma berdiam diri bila dimarah. Malahan, didepan saya pun suaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuami
berrtambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balas dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian. Maka, si siteri belajar
bagaimana untuk meredakan marah suami bila dia mula dapat meluahkan persaannya yang telah lama berbuku.

Watak Ignatia pula dirundung sedih.Jiwa halusnya sering menerima nasib yang malang. Ignatia akan jauh cinta dengan orang yang mustahil berkahwin dengannya dan akan menangis dengan mudah dan hiba sekali. Akan selalu mengeluh. Memberi Ignatia kepada watak yang rindu orang yang jauh akan meguatkan jwanya dan akan memulih jiwa Ignatia!

NUX VOMICA  adalah penawar untuk orang pemarah dan garang. Orang yang memerlukan Nux Vom juga suka mengambil stimulant sama ada kopi, alkohol atau dadah.  Mereka jenis berjaga malam dan letih waktu pagi, sentiasa marah dan cepat melenting .

HEPAR SULPH adalah penawar bagi orang yang tersangat sensitif sama ada dalam emosi atau terhadap alam sekitar. Sedikit perubahan cuaca dia terjejas, sedikta salah perkataan dia marah .  Amat sukar berada di sisi orang yang memerlukan Hepar Sulph, kena sentiasa jaga pertuturan, salah sikit dia akan marah !

Demikian sedikit sebanyak profile psaikologi beberapa penawar.

Saya sendiri amat gemar mengakaji watak pesakit saya dan amat gembira apabila wajah murung dan tak bermaya bertukar menjadi bersemangat  dan tenang setelah dirawat dengan penawar yang tepat.

Diantara kesan penawar yang sesuai ialah pemulihan `emotional intelligence’ pesakit. Umpama nya seorang yang EQ( Emotinal Quotient) nya tinggi akan pandai mengatur kerja supaya kerja yang paling dibenci dibuat dahulu dan yang paling disukai dibuat kemudian. Anak saya sendiri telah kehilangan tata kerja yang sedemikan akan tetapi pulih sendiri setelah diberi penawar homeopathy yang sesuai dengan jiwanya.

Penawar homeopathi bukanlah `cure all’ dan maksud saya disini ialah setelah kita berusaha dengan daya upaya, dengan tarbiyyah zikir munajat dan dengan kefahaman untuk mengubah emosi, masih ada yang tidak dapat di ubah maka ada kemungkinanan Allah dengan segala rahmatnya telah mengajar manusia system rawatan yang berbentuk `spiritlike’ yang boleh merawat yang jiwa yang sakit..

HOMEOPATHY FIRST AID HOME KIT

Kit ubat homeopathy untuk rawatan  first aid boleh dibeli dari klinik homeopathy
Kit ubat homeopathy untuk rawatan first aid boleh dibeli dari klinik homeopathy

Di bawah ini sedikit keterangan tentang ubat homeopathy dan kegunaannya . Walaupun ubat homeopathy selamat digunakan dirumah tanpa preskripsi, nasihat dan ajaran dari pengamal adalah perlu untuk guna sendiri dirumah .
KECEDERAAN

ARNICA: Arnica adalah ubat yang terutama yang kita fikirkan apabila anak anak
terjatuH dan mengalami lebam. ia adalah penawar untuk kecederaan dengan bahan
yang tumpul. Arnica juga bolhe menghilangkan kesan terperanjat . Arnica boleh di
gandingkan dengan Aconite jika unsur terperanjat agak lebih . Kanak kanak yang
demam setelah jatuh bolhe diberi Aconite dan Arnica 200c atau 30c.

CALENDULA: Calendula adalah untuk luka yang bersih yang tidak dijangkiti
kuman.Gunakan cecair terus keatas bahagian yang luka. jangan gunakan untuk luka
yang dalam.

HYPERICUM: Ini penawar untuk luka yang dalam. Penwar ini untuk luka yang
dijangkiti kuman Jika ada perasaan sakit menyucuk, berikan hypericum 6c atau 30c .

STAPHYSAGRIA: Jika ada luka tertikam, penawar ini adalah sesuai.

MELECUR

Melecur yang paling kerap ditemui ialah melecur `tahap pertama (first degree) dimana
gejala nya ialah kulit menjadi merah.
Tahap selepas ini ialah ada nya gelembung air dan selepas ini, tahap melecur yang
agak berat ialah dimana keksemua lapisan kulit terbakar. Ini di panggil t(hird degree
burn) atau melecur tahap ketiga. Di peringkat ini kulit menjadi hitam atau putih

Melecur tahap pertama jika
melebihi tiga suku ruang kulti adalah merbahaya dan tidak boleh dirawat di rumah dan
begitu juga melecur tahap ketiga.

CALENDULA:
Ini adalah penawar yang utama yang digunakan di dalam kes melecur tahap pertama
dan juga kesan parut dari melecur lama. Ia boleh di gunakan untuk melecur
disebabkan berjemur di matahari. ia digunakan didlam bentuk `tincture’ yang
dicairkan, atau gel atau semburan.Ia digunakan sebagai ubat luar.

CANTHARIS:
Penawar ini adalah untuk perasaan sakit terutama didlam kes tahap kedua atau ketiga
Ia perlu diambil sebagai ubat dalaman.

CAUSTICUM
Ini adalah penawar yang mungkin berguna untuk kesen parut kebakaran/ melecur.

URTICA URENS:
Ini adalah penawar utama yang digunakan untuk perasaan sakit melcur tahap pertama.
Ia boleh digunakan juga didalam kes sambar panas (sun burn)Penawar ini biasanya
diambil sebagai ubat dalaman didalam potensi 6c atau 30c.

DEMAM PANAS

Demam panas dikalangan kanak kanak adalah pekara yang sering di temui . Malahan kanak kanak lagi mudah demam dari orang dewasa dan demam itu adalah aktiviti sistem pertahan untuk memperbanykkan anitbodi ddalam badan kanak kanak itu supaya sistem pertahanannya kukuh dan membpu meolak infeksi kemudiannya kelak.

Seringkali bila anak demam, ibu ayah akan sibuk memberi ubat demam untuk menurunkan kadar panas dengan secepat mungkin . Ubat yand sering digunakan ialah parasetamol dan selain ini yang terbaharu adalah ibuprofen. Ubatan ini memang mampu menurunkan kadar demam tetapi kajian demi kajain telah menujukkan bahawa suhu yang panas itu adalah perlu untuk badan menjalankan tugas melawan kuman bakteria atau yang lebih biasa, virus yang menyerang!

Amalan yang di syorkan oleh Rasul SAW ia itu menyejukkan suhu dengan air adalah cara yang selamat dan tidak mudharat sebab memang tidak boleh dinafikan jika terlau panas boleh mengakibatkan sawan demam! Akan tetapi, didalam pengalaman saya sawan demam ini tidak akan terjadi kepada kesemua bayi dan ada bayi yang senang mendapatnya dan ada bayi yang tidak akan mendapatnya.

Rawatan homeopathy yang saya amalkan untuk kanak kanak atau bayi yang demam
termasuklah Aconite, Belladonna, Ferrum phos, Pulsatilla, Chamomilla dan lain lain.

Kesan dari rawatan homeopathy tidak menurunkan kadar suhu dengan cepat seperti paraCetamol tetapi kanak kanak akan lebih selesa, kurang meragam, tidak dapat sawan dan tidak gelisah.

Sedikit penerangan penawar untuk demam panas

ACONITE
Demam berlaku dengan secara tiba tiba, pada kanak kanak yang biasa nya cergas, mungkin selepas berembun atau terkena angin sejuk, atau terperanjat.. Demam nya terlau panas dan mungkin anak gelisah dan rasa takut wujud.Kanak kanak haus dan gelisah. Suhu panas dan kering berselang seli dengan sejuk berpeluh.Peluh nya adalah di kawasan yang ia baring
diatasnya.

BELLADONNA
Yang ketara pada anak yang memerlukan penawar ini adalah meracau semsa demam sehingga kadang kal nampak hatu dan seaginya.Kaknk kaknk terlau kering dan panas, muka mungkin merah kepanasan tetapi kadangkala tidak nahu minum.

Anak yang demam senang terperanjuat dan boleh medapat sawan demam. penawar ini adalah yang utama say gunakan didalam kes sawan demam. kaknk kanak tersentak bila diangkat atau diletak!

CHAMOMILLA
Penawar ini dibri mengikut pernagai anak yang demam. Jika anak iti kuat mengamuk serta marah dan tidak mahu diletak, mahu didukung atau di buai, sering mebaling benda yang diminta mak chamommilla lah penawar untuk demam nya!

FERRUM PHOS
Demam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta merta pada kanak kanak yang berwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepala nya panas.Boleh diginakan secara rutin didalam kesemua kes slesema yang di peringkat higus meleleh. Penawr ini di gunakan denga fahamn biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika di bancuhkan sebiji dengan potensi 6c atau 12c dan di beri setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas.

PULSATILLA
Ini adalah suatu lagi penawar yang diberi mengikut watak anak yang demam.Kanak kanak
manja, kuat merenget , minta dbelai dan dilayang tidak mauh diletak , menangis manja, bukan menagis marah, sungguhpun demam tidak haus dan tidak mahu makan.

RAWATAN BATUK

Penawar Homepathy boleh merawat batuk akan tetapi batuk yang berlarutan atau bersifat kronik perlukan rawatan dari Pengamal Homeopathy yang berpengalaman untuk mendapatkan rawatan menyelurah ( constitiutional treatment.)

ACONITUM:
Kanak kanak atau Dewasa yang memerlukan Aconite bangun dari tidur dengan batuk yang
kering dan serak. Gejala batuk yang memerlukan Aconite ini adalah, tiba waktu malam, selepas tengah malam. penyakit yang memerlukan Aconite terjadi selepas pesakit terdedah kepada udara sejuk, angin malam, dan batuk nya melarat selepas meminum air sejuk , atau terhidu asap rokok Penawar in kerap kali di perlukan pada peringkat awal batuk `anjing’ `coup’, atau penyakit bronkitis atau radang paru-paru (pneumonia)Beserta batuk mereka akan mengidap mulut kering dan sesak nafas. Mereka selalunya terasa dahaga. Perasaan risau atau cemas kerap kali megirigingi batuk ini.

ANTIMONY TARTARICUM
Batuk yang berbunyi kuat serta berkahak dengan ketidakupayaan untuk mengeluarkan kahaknya itu. Kadangkala batuk bermula disebabkan marah atau tercuit perasaan .Kesesakkan nafas yang dialami akan menyebabkan kanak-kanak ini mengantuk, lemah dan tidak bermaya. Melarat selepas pukul empat pagi, Kesesakkan nafas menyebabkan mereka lebih mahu duduk dari baring. Beserta dengan kesesakan nafas, ada perasaan gelisah, pesakit terasa kesejukan tetapi tidak mahu juga bilik yang panas atau tertutup.Mereka berkehendak bilik sejuk dan tingkap terbuka. Remedi ini jarang diperlukan pada awal penyakit. Remedi ini sering diperlukkan bila batuk berhasil dari suntikkan tiga serangkai.

BELLADONNA
Bila gejala batuk datang dengan tiba tiba dan batuk tidak berkahak, berserta suara serak
mungkin Bell yang diperlukan .Kanak kanak ini mungkin mengantuk(drowsy), dan semasa tidur ia meracau . Gejala batuknya melarat pada waktu malam.:

BRYONIA:
Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering di
perlukan., terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak.Menarik nafas adalah sakit, dan bergerak pun sakit . Kanak kanak akan cuba duduk sediam yang dapat.Kanak kanak ini tidak suka bilik panas, dan batuk akan melarat dibilik panas serta selepas makan dan minum. Tekak mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk.Batuk mungkin diiringi dengan perasaan loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.Pesakit terasa haus dan inginkan air
yang banyak.

DROSERA
Batuk bertalu talu serta kering dan berbunyi macam salak anjing (barking cough) . Pesakit
mungkin mengalami gatal tekak di sertai dengan bunyi tersedak.peluh sejuk dan muntah. Batuk akan bertambah teruk semasa baring, selepas tengah malam terutama pada pukul dua pagi dan batuk juga teruk semsa bercakap, makan atau minum. Kanak kanak ini mungkin memegang dada nya semsa batuk. Berpeluh banyak dan terasa kedinginan terutama waktu malam, suara mungkin menjadi serak.

FERRUM PHOS
Gejala batuk bagi penawar ini ialah , pesakit tidak mengalami batuk itu dengan tiba tiba,
disebaliknya gejala batuk itu datang dengan beransur ansur dan tidak terlalu kuat( not a sudden nor violent onset).Kakak kanak yang memerlukan penawar ini sering pucat dan menjadi sakit kalau terkena cuaca sejuk atau badan nya terdedah pada sejuk.Batuk melarat di kala sejuk, waktu pagi, dan selepas makan. kadang kadang kahak mengandungi darah dan mungkin ada rasa sakit didada, sakit mencuck sewaktu batuk dan semsa menarik nafas.Tidak mempunyai selera makan dan tidak mahu makan daging serta susu tetapi suka pada benda masam.Suara juga mungkin serak.

HEPAR SULPHURIS
Penawar ini untuk batuk yang berdengking terutama bila ia melarat ketika sejuk.Batuk juga melarat semasa terkena habuk , tekak kering , memakan atau meminum benda sejuk., tarik nafas panjang, atau angin sejuk.Bunyi kahak tetapi tidak dapat megeluarkan nya, ataupun banyak kahak dan dapat meludahkannya.Anak anak ini akan berpeluh semasa batuk dan peluh nya berbau masam.Cuaca mendung atau hujan mungkin lebih disukainya tetapi tidak boleh tahan dengan angin sejuk.Pesakit amat sensitif semasa sakit, selalu marah marah

IPECAC
Bila anak mendapat batuk yang berbunyi kering dan bertau talu serta loya dan muntah (
wretching) Ipecac mungkin penawarnaya.Kanak kanak ini mendapat kahak yang mengandungi darah dan gatal tekak meneybabkan batuk . Mereka meungkin batuk dengan setaipa nafas dan mungkin mengalami air liur yang berlebihan.Batuk melarat di waktu panas dan bila baring di atas katil yan panas. batuk mungkin terjadi semasa perubahan cuaca . Ia mungkin disertai bersin dan serak suara. Penawar ini sering digunakan untuk bayi yang batuk beserta muntah.

KALI BICHROMICUM
Dikenali daripada kahak yang bersifat bertali dan kuning. Pesakit akan bertambah batuk selepas makan , minum mendedah anggotta badan dan cuaca sejuk atau pukul tiga pagi.Batuk akan berkurangan selepas keluar kahak yang bertali, pada cuaca pansa dan tidur dikatil panas. Terasa sensasi seperti rambut dibelakan tekak yang menyebabkan terbatuk. Suara mungkinserak dan tereasa sakit bila menjelir lidah.Ada kalanya pesakit mengalami sakit di dada bahagian sternum yang melarat ke tegah belakang.penawar ini tidak digunakan di peringkat awal batuk.
.

PHOSPHORUS:
Kanak kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang bersifat kering dan keras bunyi nya dengan rasa perit dibelakang tulang dada (sternum) Aggravasi adalah semasa baring terutama berbaring sebelah kiri.. pesakit akan terbanugn dan perlu duduk. Batuk juga melarat di kala bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas kebilik sejuk, seperti berlaku bila ke tempat berhawa dingin,atau dari bau bauan yang kuat ( contoh, tumis cili, minyak wangi). Untuk mengurangkan rasa sakit, pesakit mungkin memegang dada nya semasa batuk Pesakit suka pada air batu, tetapi batuk boleh lega bila berselimut diatas katil. Batuknya meletihkan,dan kakdang kala ada terasa pijar di dada serta tereasa ketat dibahagian dada.Hingus kadang kala berdarah dan suara serak. Penawar ini sering diperlukan untuk kes berat seperti lelah dan radang paru paru akan tetapi kadangkala sesuai untuk batuk yang telah menjadi kronik..

PULSATILLA:
Penawar ini mempunyai ciri ciri nya tersendiri tetapi sering kali diberikan berdasarkan ciri umum pesakit. pesakit yang memerlukan penawar ini tidak tahan bilik panas atau cuaca panas,batuknya melarat semasa baring untuk tidur,berjalan di udara sejuk melegakan batuk. pesakit perlu bangun untuk melegakan batuk, kahak hijau atau kuning dan batuk nya berkahak diwaktu malam tetapi kering diwaktu siang. Pesakit Pulsatilla senang menangis,tidak dapat berbuat keputusan,cepat bertukar `mood’ dan suka menyenangkan hati orang. Terlalu manja dan berkehendak kasih sayang , takut di tinggalkan..

RUMEX:
Gejala paling ketra penawar ini ialah terlalu sensitif terhadap keadaan udara sejuk.Udara sejuk akan menyebabkan batuk sehingga pesakit akan menutup hidungnya dengan kain untuk mengelakkan dari meghidu udara sejuk Tekak gatal dan tenggorok pun terasa miang dan menekkkan bahagian atas tulang dada akan menambahkan rasa miang.Batuk tidak berkahak dan suara serak. Melarat waktu malam serta bila bergerak dan lega bila panas. .

SPONGIA:
Penawar ini adalah yang utama untuk batuk yang kerting dan berdengking. Batuk akan melarat dengan angin sejuk, bilik panas , asap rokok , bercakap, tidur bantal rendah, meminum air sejuk atau memakan benda manis.Batuk juga teruk di waktu awal malam.Makanan atau minuman panas akan melegakan, juga bangun duduk dan membongkok kedepan.Batuk lebih teruk pada awal malam.
.

RAWATAN HOMEOPATHY SAKIT PERUT MEMULAS (COLIC) DAN SAKIT GIGI.

Walaupun ada banyak teori teori kenapa bayi muntah atau mengidap apa-apa
penyakit, didalam perubatan homeopathy gejala itu adalah tindak balas organisma itu untuk menangani infeksi atau jangkitan dan tekanan dari dalam badan atau dari luar ( stress) . Ia itu, gejala sakit merupakan usaha badan untuk membela diri dan meneymbuh diri!

Selain dari rawatan yang tidak wajar untuk bayi yang mengidap demam dan selsema rawatan untuk sakit bila nak tumbuh gigi juga diberi rawatan yang tidak wajar termasuk lah ubat pelali, ubat menahan sakit dan juga ubat tidur atau sedative. Ubatan ubatan ini berpotensi membawa kesan sampingan yang merbahaya.Pakar kanak kanak atau pediatrik didapti menggunakan ubatan in didalam usaha mereka untuk meringankan beban sakit bayi dan kecemasan ibu ayah.

Kita faham betapa ibu ayah dan doktor mereka tidak tertahan melihat penderitaan bayi mereka tetapi disini ada rawatan yang berkesan dan selamat didalam bentuk rawatan homeopathy.  Kerap kali bayi yang nak tumbuh gigi akan mengalami selain dari sakit, gusi bengkak, meleleh airliur dan demam, kadangkala sakit perut dan juga cere beret.Gejela ini perlu di amati dan penawar yang sesuai dengan gejala diberi!

Penawar yang paling kerap digunakan untuk sakit tumbuh gigi kanak kanak adalah chamomilla. Gejala yang dialami ialah gusi bengkak, kanak kanak meradang dan tidak mahu diletak, mahu di dokong atau dibuai, inginkan itu dan ini tetapi bila diberi akan membuang nya. helisah tidur malam, suka hisap jari .Tidak semestinya kesemua gejala wujud untuk memberi chamomilla tetapi jika ada tiga dari gejala ini sudah cukup untuk penawar ini berkesan untuk meredakan
penderitaan sakit tumbuh gigi.

Penawar penawar lain termasuklah Podophyllum, Belladonna, Calcarea carb Coffea,
coffeinum.Untuk mehamai yang mana satu yang diperlukan boleh dirujuk kepada materia medica penawar berkenaan.

Kadangkala semasa anak sakit adalah lebih wajar merawat kerisauan ibu bapa dari masaalah kanak kanak itu! Ibu bapa cukup takut apabila anak mereka demam sedangkan demam adalah suatu cara badan menangani infeksi yang akan memperkukhkan sistem pertehanan bayi itu. Yang pasti 95% keadaan sakit kanak kanak tidak perlu sebarang rawatan. Ini telah diakui oleh pakar kanak kanak Robert Mendelsohn dari Amerika Syarikat. Rawatan yang menurunkan demam boleh juga membawa masaalah pada sistem pertahanan kanak kanak itu disamping membebankan hati dan buah pinggang dengan `drug’.

Rawatan homeopathy untuk sakit perut terasuklah chamommilla, pulsatilla, Nux Vomica, natrum Sulph, Bryonia mag phos, colocynthis, lycopodium dan sulphur.Untuk keterangan lanjut tentang penwar penawar ini, sila rujuk kepada materia medica penawar penawar tersebut.

Walaupun kadangkala dapat dikatakan kanak kanak itu sakit perut sebab alahan pada apa yang dimakan. Didalam rawatan homepathy dipercayai bahawa kanak kanak yang sihat tidak akan alah pada makanan dan rawatan boleh diberi berdasarkan apa yang di alahnya itu sama ada susu, atau buah dan lain lain.

Penawar homeopathy mempunyai skop yang cukup luas untuk rawatan kanak kanak dan adalah jauh lebih selamat dari panadol, antihistamine, antibiotic dan lain lain `drug ‘ yang diberi oleh doktor. Amatlah perlu bagi ibu bapa mencari alternatif yang selamat dan berkesan untuk merawat masaalah kesihatan kanak kanak.Malahan penawar homeopathy boleh memperbetulkan masaalah dengan cara yang lebih berkesan sehingga kanak kanak itu tidak mengidap masaalah begitu pada masa depan dan menjadi orang dewasa yang sihat.

 

Rawatan eczema :Response setelah mengambil ubat homeopathy sambungan

Tidak boleh tidak, ada kalanya selepas mengambil ubat homeopathy ada tindak balas seolan eczema bertambah teruk.

Bagaiman nak tahu sama ada ini benar atau tidak?

Lihat ciri -ciri dibawah :

Flare yang datang selepas homeopathy akan pulih selepas sehari dua dan terus kering. Eczema akan jadi nipis dan ada kemungkinan turun , ie yang muka nipis, turun ke badan lepas itu ke tangan dan akhir ke kaki. Ada juga yang akan dapat ruam sehari dua dan bila ruam hilang, eczema kering.

Yang penting, bila sudah ada response begini HENTIKAN ubat homeopathy sehingga keadaan menjadi statik dan bila statik baru berikan semula tetapi kena carikan lagi dan jarakkan lagi dos seterusnya .

Kalau ikut begini insya allah akan ada penyembuhan yang berterusan walaupun lambat.

Kalau semakin makan semakin teruk selepas mengambil homeopathy, maka itu petanda ubat yang tidak tepat atau, ada juga yang beri terlalu kerap atau memberi banyak banyak ubat dalam masa yang sama . Untuk eczema One remedy at a time.

Dari segi emosi pula, ubat yang betul akan menyebabkan selera makan bertambah dan anak menjadi ceria, hilang merengek dan menjadi lebih berdikari .

Ada pengamal guna ubat yang nampak macam satu ubat tetapi dalam satu ubat itu dia sudah letak 2-5 ubat .

Dalam penelitian saya bila beri ubat begini, kita tidak tahu nak baca pekembangan penyakit

Probiotics dan Eczema

Ada 400-1000 species bakteria baik dalam usus setiap individu
Ada 400-1000 species bakteria baik dalam usus setiap individu
Probiotic adalah bakteria baik yang sememangnya wujud dalam usus. Probiotic boleh diberikan sebagai makanan tambahan untuk tingkatkan bakteria baik dalam usus.

Dalam kes-kes tertentu probiotics boleh menjejaskan .

Ini penelitian saya : Ada beberapa kes pesakit saya yang sedang sembuh dapat semula eczema selepas probiotic.

Dalam kes tertentu, bila mengambil probiotic dengan prebiotic, berlaku kesan negatif. Ini boleh berlaku sebab prebiotic adalah baja pada probiotic dan menyebabkan pembiakkan probiotic dari sumber luar secara mendadak .

Seorang baby sampai dapat impetigo ( secondary infection) bila serbok probiotic terkena dipipi.

Pada pendapat saya: System immune bayi yang eczema tidak berfungsi dengan optima maka ada kemungkinan sistem immune tidak dapat bezakan bakteria jenis probiotic dan bakteria jenis pathogen. Maka, yang jenis baik atau istilah science nya commensal, menjadi pathogenic dalam kes-kes tertentu.

Satu lagi kemungkinan adalah sistem tagging sistem immune jadi songsang maka bakteria commensal dari sumber luar dianggap musuh tapi yang sudah sedia ada dalam badan sudah ditagkan sebagai kawan .

Ada lebih dari 10,000 strain probiotic sedunia yang boleh menjadi commensal dalam tubuh manusia keseluruannya tapi setiap individu hanya ada dari 400-1000 strain . Maka strain yang wujud pada seorang itu bergantung pada lokasi dan makanan serta pendedahan individu itu.

Kepelbagaian ini mungkin penting dan bila mengambil probiotic yang mengandungi 5-10 strain sahaja mungkin keadaan ketidak seimbang berlaku atau strain itu yang tidak wujud pada individu berkenaan menjadi pathogenic walaupun pada hakikatnya ia adalah dari strain comensal .

Antara kesan yang saya lihat dikalangan pesakit saya yang mengambil probiotic ie berlaku setelah mengambil probiotic adalah :

1. cirit birit 2. eczema flare up 3. impetigo ditempat yang terkena serbok probiotik.

Saranan saya : Bila mengambil rawatan homeopathy atau mengambil prebiotic seperti gum arabic, hentikan probiotic .

Prebiotic mampu membiakkan commensal bakteria tempatan yang sedia ada dan sekaligus ini akan membantutkan bakteria pathogen dan jenis kulat ( candida aspergilus dan lain-lain)

Dalam keadaan selepas cirit birit dan pengambilan antibiotic, dimana ada keperluan untuk membiakkan semula bakteria baik dalam usus sebab sudah pupus dek cirit birit atau antibiotik, appendix manusia adalah safehouse bagi bakteria tempatan sedia ada dan dengan pengambilan prebiotic akan biakkkan semula tanpa perlu pada probiotic.

Bacaan tambahan, kajian tentang perkara yang saya sebutkan

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3023604/