Category Archives: Soal jawab dengan pembaca

Rawatan eczema :Response setelah mengambil ubat homeopathy sambungan

Tidak boleh tidak, ada kalanya selepas mengambil ubat homeopathy ada tindak balas seolan eczema bertambah teruk.

Bagaiman nak tahu sama ada ini benar atau tidak?

Lihat ciri -ciri dibawah :

Flare yang datang selepas homeopathy akan pulih selepas sehari dua dan terus kering. Eczema akan jadi nipis dan ada kemungkinan turun , ie yang muka nipis, turun ke badan lepas itu ke tangan dan akhir ke kaki. Ada juga yang akan dapat ruam sehari dua dan bila ruam hilang, eczema kering.

Yang penting, bila sudah ada response begini HENTIKAN ubat homeopathy sehingga keadaan menjadi statik dan bila statik baru berikan semula tetapi kena carikan lagi dan jarakkan lagi dos seterusnya .

Kalau ikut begini insya allah akan ada penyembuhan yang berterusan walaupun lambat.

Kalau semakin makan semakin teruk selepas mengambil homeopathy, maka itu petanda ubat yang tidak tepat atau, ada juga yang beri terlalu kerap atau memberi banyak banyak ubat dalam masa yang sama . Untuk eczema One remedy at a time.

Dari segi emosi pula, ubat yang betul akan menyebabkan selera makan bertambah dan anak menjadi ceria, hilang merengek dan menjadi lebih berdikari .

Ada pengamal guna ubat yang nampak macam satu ubat tetapi dalam satu ubat itu dia sudah letak 2-5 ubat .

Dalam penelitian saya bila beri ubat begini, kita tidak tahu nak baca pekembangan penyakit

Doktor anak saya sakit sebab rawatan hospital ?

Soalan dari pembaca :( Butiran di ubah untuk melindungi identiti pembaca)

Doctor, saya rasa anak saya sakit sebab rawatan hospital. Anak saya semasa umur 3 bulan cuma merengek tak boleh tidur, bila saya bawa ke hospital kerajaan, doktor suruh masuk wad. Bila masuk wad doktor berikan antibiotik melalui salurang intravenous.  Selepas lima hari baru anak saya  discaj. Lepas balik,  baik dua hari,  dia dapat batuk pula dan saya bawa semula ke hospital. Kali ini anak saya masuk wad rawatan  intensif  dan doktor jolok tekak, masukkan saluran alat pernafasan. Sejak dari itu anak saya tak pernah sihat betul, selalu saja demam dan kurang selera makan. Saya rasa ini disebabkan rawatan doktor.

Apa pendapat doktor ?


Respon saya:

Mungkin saya tidak boleh menjawab soalan ibu ini. Saya tidak berada di tempat kejadian dan tidak memeriksa bayi tersebut maka saya tidak tahu sama ada rawatan yang diberikan wajar atau tidak . Sangka baik saya terhadap doktor di hospital kerajaan membuatkan saya fikir bahawa keadaan anak menyebabkan doktor mengambil langkah tersebut . Seterusnya, anaknya sakit semula dan kali ini, mungkin yang anak itu dapat adalah infeksi paru-paru yang serius. Maka, amat wajar anak di intubatkan untuk selamatkan nyawa .

Masaalah yang timbul dalam kes ini adalah tidak wujud komunikasi yang baik antara doktor, jururawat dan ibubapa tersebut . Maka, ibubapa tidak tahu kenapa anaknya yang katanya hanya merengek serta tidak boleh tidur dimasukkan ke wad dan diberi antibiotik secara IV. Anak yang sakitlah yang akan merengek . Anak yang sihat tidak akan merengek serta tidak boleh tidur. Ibubapa tidak dapat baca tanda-tanda sakit kuat tapi doktor dilatih untuk baca tanda-tandanya maka tidak mungkin doktor sewenagnya admit pesakit  ke wad. Doktor di hospital pula bekerja dalam sebuah pasukkan dan yang paling atas sekali adalah seorang doktor pakar yang berilmu dan berpengalaman . Maka amat jaranglah doktor  di hospital kerajaan membuat keputusan tanpa alasan yang kukuh. Memberi antibiotik adalah sebuah langkah yang mungkin telah digariskan oleh pakar bila hadapi penyakit seperti dialami anak itu.

Namun begitu sedia maklum, wad hospital ada orang sakit berjangkit dan ada banyak kuman. Maka, memang ada kemungkinan infeksi paru-paru yang datang kemudian adalah dari kuman hospital .

Adakah wajar anak dimasukkan di wad intensif dan di intubate?
Mungkin langkah itu terpaksa diambil untuk selamatkan bayi.

Mengapa pula anak itu sering sakit selepas itu?
Ada beberapa perkara yang telah lemahkan sistem immune anak ini. Rawatan hospital dan konvensyenal kurang memberi perhatian aspek ini. Sekarang agak baik sedikit sebab ada doktor yang akan berikan probiotics selepas memberi antibiotik .

Saya sebagai medical homeopath akan mengambil langkah begini :

 

  1. Pembetulan sistem immune akan dilakukan dengan prebiotics dan probiotics
  2. Pemakanan akan dibetulkan
  3. Ubat homeopathy untuk betulkan usus- bowel nosodes dan lain-lain
  4. Ubat homeopathy untuk tangani kesemua kelemahan mengikut prinsip serasi


Jangan salahkan pihak hospital, mereka lakukan terbaik mengikut fahaman dan pengetahuan mereka .

Kekurangan cara untuk tangani situasi seterusnya akan ditampung lambat laun bila homeopathy dibenarkan di hospital . Langkah permulaan sudah bermula insya allah, Kementrian Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia sedang berusaha kearahnya namun masanya mungkin 2-5 tahun lagi .