Daily Archives: November 19, 2014

Pengenalan kepada Homeopathy Dari Team Homeopathy Integrasi

logo Homeopathy Integrasi
Contact :Melaka 063842200, Cyberjaya : 010 5439157

Homeopathy

Homeopathy adalah satu sistem perubatan yang berdasarkan prinsip keserasian (serupa menyembuhkan yang serupa),diasaskan pada akhir kurun ke-18 oleh seorang doktor perubatan Jerman bernama Samuel Hahnemann. Prinsip keserasian ini menyatakan bahawa sesuatu bahan yang boleh menghasilkan sekumpulan symptom dalam tubuh yang sihat, dalam dos yang rendah akan mampu menyembuhkan symptom yang sama dalam tubuh yang sakit dalam keadaan tertentu.
Hipocrates iaitu bapa perubatan dari kurun ke-4 sebelum masihi pernah menerangkan tentang kedua-dua kaedah ‘keserasian’ dan ‘bertentangan’ yang berpotensi memberi kesan positif dalam rawatan penyakit. Beliau juga berpendapat bahawa kebanyakan fenomena patofisiologi yang terjadi misalnya demam, erupsi kulit dan sebagainya adalah fenomena tindakbalas ‘pertahanan’ badan yang penting. Pengamal perubatan harus memahami fenomena-fenomena ini supaya tindakbalas yang berfaedah dapat digalakkan dan yang berbahaya disekat.

Memahami homeopathy daripada aspek imunologi
Homeopathy bertujuan merangsang daya penyembuhan semulajadi tubuh dengan menggunakan penawar homeopathy yang telah melalui proses dinamisasi apabila ‘kuasa hayat’ atau ‘tenaga hidup’ tidak lagi mampu untuk melawan penyakit dengan sendiri. Dalam erti kata lain, ia merangsang pengaktifan sistem rawatan dalaman tubuh badan yang juga dikenali sebagai sistem imunisasi tubuh termasuk jalinan neuroendokrin di sekitarnya.

Maklumat penting berkaitan penawar homeopathy
– Kebanyakan sumber ubat berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan (seluruh atau sebahagian), unsur haiwan (lebah madu, susu lembu dll.), bahan kimia organik dan bukan organik (asid asetik, natrium klorida, dll.), dan sebagainya.
– Penawar yang digunakan telah diuji secara teliti ke atas tubuh manusia yang sihat agar kesan tindakannya yang asli dan secara langsung boleh disenaraikan.
– Penawar yang menghasilkan tindakbalas serupa di dalam tubuh yang sihat akan menyebabkan reaksi yang lebih kuat dalam tubuh pesakit berbanding pengaruh patologi daripada penyakit yang dihidapi itu sendiri.
– Penyakit perlu dikaji secara keseluruhan (bukan hanya pada symptom atau kesan patologi yang dipamerkan) untukmemastikan akan berlakunya komunikasi antara kedua-dua unsur iaitu penyakit dan penawar.
– Pemilihan penawar mestilah berdasarkan kepada kumpulan symptom individu yang menggabungkan kedua-dua aspek mental dan fizikal dan bukannya berdasarkan nama penyakit yang dihidapi.
– Penawar mesti digunakan dalam dos minimum yang efektif disesuaikan mengikut tahap sensitivity individu tersebut.

Peranan homeopathy dalam penjagaan kesihatan

– Penyakit kronik – Homeopathy merupakan salah satu sistem rawatan terbaik yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik yang berpunca samada daripada keturunan ataupun yang dihidapi berikutan kemerosotan kuasa dalaman yang disebabkan oleh jangkitan berunsur dinamik yang di panggil ‘miasm’. Kebanyakan penyakit kronik utama yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit auto-immune, penyakit neoplasia, penyakit kulit dll. adalah kesan evolusi miasm kronik yang telah bertapak lama di dalam sistem badan individu tersebut dan mengakibatkan kemerosotan ‘kuasa hayat’ sehingga tidak mampu lagi berfungsi secara sendiri untuk mengembalikan kesihatan seperti asalnya.
– Penyakit akiut – Dalam kes serangan akiut homeopathy bertujuan membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan, juga melegakan dan memendekkan tempoh penderitaan ketika berlakunya serangan wabak seperti cholera and denggi, atau penyakit berjangkit seperti chicken pox, demam campak dan sebagainya.
– Pencegahan penyakit – Homeopathy telah dibuktikan dapat memberi impak positif dalam usaha mencegah dan merawat sesetengah penyakit seperti Leptospirosis (Cuba, 2007), demam wabak (India, 2007) dan sebagainya.
– Kecederaan, kemalangan, rawatan sebelum dan selepas pembedahan – Homeopathy mempunyai kumpulan ubat yang pelbagai bagi rawatan kecederaan mengikut kategori berbeza iaitu kecederaan otot, tendon, sendi, rawan, tulang, saraf, dan sebagainya. Antara ubat yang biasa digunakan adalah seperti Arnica, Calendula, Echinacea, Hypericum, dan lain-lain. Ubat-ubat ini sememangnya dikenali berkesan sebagai antiseptic yang sangat baik untuk rawatan luka, mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat kecederaan, juga dalam rawatan mengatasi tekanan selepas pembedahan (PTSD).
– Rawatan ketika mengandung – Ubat homeopathy yang diberikan kepada wanita mengandung adalah dalam dos yang minimum yang bertindak secara lembut dan selamat. Ramai pesakit yang menggunakan rawatan homeopathy di sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin dan dalam tempoh berpantang.
– Kesihatan kanak-kanak – Kanak-kanak selalunya memberi respon yang baik kepada rawatan homeopathy kerana penyakit mereka adalah kurang kompleks berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak biasanya mempamerkan simptom yang lebih jelas sekaligus memudahkan proses pemilihan ubat yang tepat.

Orang-orang terkenal yang menggunakan homeopathy
Ratu Elizabeth II, United Kingdom
– “Terdapat 60 botol ubat homeopathy di dalam beg Ratu Elizabeth, disimpan secara rapi di dalam sebuah beg kulit yang akan dibawa kemana-mana sahaja Ratu Elizabeth pergi”. – Daily Mail, 25 Mei 2012.
Annabel Croft (bekas pemain tenis wanita no.1 British dan kini merupakan penyampai radio dan pengacara TV).
– “Annabel akan mengambil ubat homeopathy sebelum setiap perlawanan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan”. – The Telegraph, 22 Jun 2009.
Jean-Marcel Ferret (doktor bagi pasukan bola sepak kebangsaan Perancis 1993-2004)
– “Kami berpendapat bahawa ia sesuatu yang berfaedah untuk memberikan suatu nafas baru dalam arena perubatan sukan, homeopathy adalah satu jalan penyelesaian yang memberi kesan cepat dan efektif sama seperti yang diberikan oleh rawatan konvensional, ia juga mempunyai kelebihan lain iaitu bebas daripada kesan toksik ubat-ubatan.” – “Homoeopathy in Sports Medicine” 2nd Ed. (1998) by Jean-Marcel Ferret and Henri Koleckar
Mahatma Gandhi (Ketua gerakan kemerdekaan India)
– “Homeopathy mencatatkan peratusan kes kesembuhan yang lebih tinggi berbanding sistem rawatan yang lain. Homeopathy adalah sistem rawatan mutakhir yang merawat pesakit menggunakan kaedah yang halus, murah dan tidak menyakitkan.” – World Homoeopathic Directory 1982, New Delhi: World Homoeopathic Links, p32 petikan daripada ucapan pada 30 Ogos 1936
Paul McCartney (ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu, ahli kumpulan The Beatles)
– “Saya sentiasa perlukan homeopathy. Saya akan membawa ubat homeopathy ke mana sahaja saya pergi. Saya memang selalu menggunakannya,” – Daily Telegraph, 12 Ogos 1989

Homeopathy Integrasi

Misi kami adalah untuk menyumbang kepakaran dan khidmat kami kepada mereka yang memerlukan. Kami percaya bahawa penyakit adalah ujian atau cabaran untuk kita memperbaiki diri dan mengamalkan cara hidup yang betul. Kami ingin berkongsi pengalaman dan perjalanan kami dalam membantu pesakit kearah kesembuhan supaya lebih ramai lagi yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik bukan sahaja sihat dari sudut fizikal malah tenang pada emosi dan fikirannya untuk mencapai matlamat dan kualiti hidup yang optima.

Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman, MBBCh(Alex), MFHom(UK), DRM
Dr. Suriyakhatun adalah seorang pengamal perubatan homeopathy yang juga seorang doktor perubatan yang mendapat kelulusan dari University Alexandria, Mesir sejak tahun 1980. Beliau juga telah memperoleh Diploma Lepasan Ijazah Perubatan Reproduktif dan merupakan salah seorang ahli Fakulti Homeopathy United Kingdom. Sebagai seorang doktor perubatan konvensional yang juga mengamalkan homeopathy dan rawatan penyembuhan tenaga, beliau melihat masalah kesihatan daripada pelbagai sudut dan memberikan rawatan melalui pelbagai kaedah perubatan. Antara kes yang berjaya beliau tangani termasuklah kanak-kanak autistik, masalah buah pinggang dan masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan alahan, dan juga pelbagai masalah gangguan emosi seperti gejala OCD dan serangan panik.

Nadia Bukhair, BHMS, DHMS
Teh Chye Phing, BHMS, DHMS, BSc(Hons)

Nadia dan Teh adalah graduan daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) yang merupakan universiti pertama dan satu-satunya institut pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan kursus homeopathy dengan pembelajaran secara sistematik serta diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka berdua pernah mengikuti latihan klinikal di India di bawah pemantauan pengamal-pengamal homeopathy dan doktor perubatan yang berpengalaman di sana.
Syahidah adalah seorang yang mengamalkan prinsip keagamaan sebagai panduan dan tatacara hidup. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang psikologi, beliau cenderung untuk mendengar dan memahami dengan teliti situasi setiap pesakit ketika proses pengambilan kes untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang paling sesuai dengan ciri-cirinya secara individu.

Teh pula telah berkecimpung dalam bidang homeopathy sejak tahun 2005. Beliau banyak mendapat bimbingan daripada ramai pengamal homeopathy yang berkaliber samada dari dalam ataupun dari luar negara di mana beliau telah belajar secara langsung melalui kes yang dikendalikan menggunakan seni rawatan homeopathy. Beliau juga amat berminat dalam bidang penyelidikan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini perubatan homeopathy sedunia.

Apakah yang berlaku ketika pengambilan kes homeopathy?
Pengamal homeopathy akan merekodkan secara terperinci sejarah pesakit dan butir-butir berkaitan untuk mencari keserasian antara simptom-simptom pesakit dengan ciri-ciri ubat yang paling sesuai untuk merawat pesakit tersebut. Selain penyakit utama dan masalah-masalah sampingan, faktor-faktor yang akan dititikberatkan untuk pemilihan ubat adalah seperti punca masalah yang dihadapi, modaliti simptom, keadaan kesihatan mental dan emosi serta status kesihatan umum fizikal.

Apakah keunikan Homeopathy Integrasi?
– Kaedah rawatan kami adalah berdasarkan prinsip asas homeopathy yang mana keberkesanannya telah disahkan melalui praktis sejak lebih 200 tahun yang lalu.
– Ahli kumpulan kami terdiri daripada doktor perubatan dan pengamal homeopathy professional yang telah mendapat latihan secara bersepadu dari institusi-institusi yang diiktiraf.
– Diketuai oleh seorang pengamal homeopathy berpengalaman yang juga merupakan seorang doktor perubatan dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang klinikal.
– Keutamaan kami bukan sahaja pada kesihatan fizikal pesakit tetapi juga merangkumi kesihatan mental dan spiritual yang mana kami akan membantu pesakit untuk meningkatkan kualiti hidup.
– Prioriti kami adalah keselamatan dan kesejahteraan pesakit – rawatan akan diberikan supaya pesakit mendapat faedah yang sepenuhmya dan kes-kes tertentu akan dirujuk kepada pakar perubatan bertauliah jika perlu.
– Kami sentiasa berusaha mengenalpasti faktor-faktor yang berkemungkinan menghalang proses pemulihan dan memberi nasihat serta cadangan berkaitan diet dan tatacara hidup yang sihat kepada pesakit sebagai rawatan sampingan.

Notakaki

Buat sementara waktu sehingga HI ada ofis sendiri di Ostia Bangi, HI bernaung dibawah Penawar Homeopathy di aras 2  Wisma Unikeb UKM Bangi .