Monthly Archives: May 2014

Penyembuhan Penyakit Secara Alami

 

Ubat homeopathy
Ubat homeopathy

vegetablesherbs

Badan kita ada cara penyembuhan tersendiri . Sesiapa yang dapat dirawat dengan cara penyembuhan yang menyokong badan untuk sembuh akan mengalaminya .

Cara rawatan alami termasuk mengubah pemakanan , menghentikan kimia dan racun, homeopathy, sebahagian dari rawatan herba ( rawatan herba juga boleh menjadi rawatan anti ) , pemakanan kesihatan , energy healing dan spiritual healing  serta lain-lain yang ada persamaan dengan yang disebut.

Namun kini disebabkan cara rawatan yang hanya melenyapkan simptom penyakit berleluasa, kita tidak faham cara badan sembuh dan inginkan supaya apa yang menyakitkan kita dinyahkan serta merta dengan mengunakan cara yang keras dan kimia serta dadah yang memaksa badan untuk tidak menunjukkan gejala sakit .

Jangan salah faham pula maksud saya ! Adakalanya tindakkan drug diperlukan ( drug action ) dalam menangani penyakit . Contohnya : bila tekanan darah terlalu tinggi akan menjejaskan jantung dan urat darah ( blood vessels ) maka adalah bahaya membiarkan tekanan darah terus tinggi !

Dalam situasi dimana gula dalam darah atau tekanan darah terlalu tinggi atau lelah menjejaskan pernafasan atau bengkak menghalang proses badan yang wajib, maka wajar mengunakan apa cara sekalipun untuk mengatasi keadaan . Inilah situasi untuk mengunakan ubat anti . Antiinflamatory, anti asthmatic , antihypertension dan ubat hypo; hypoglyceamic ( turunkan kadar gula ) .

Bila ada keadaan dimana pembedahan menjadi wajib untuk selamatkan nyawa maka adalah juga wajar menjalaninya !

Bila alat bantu nafas diperlukan atau intravenous drip perlu dipasang, ini juga wajar !

Untuk penyakit kronik yang tidak mengancam nyawa pula, yang disebabkan oleh fungsi badan yang tidak optima dengan penyebabnya terdiri dari  :

  1.  Kelemahan genetik
  2. Gaya hidup
  3.  Alam sekitar
  4.  Kimia ( inorganik)  dan toksin organik
  5.  Pemakanan tak seimbang /beracun
  6. Trauma pada emosi
  7. Trauma pada badan

Penyembuhan alamilah yang wajar dicari untuk merawat .

Dengan penyembuhan alami beberapa fenomena mungkin berlaku :

  1. Healing crisis : Sebagai contoh, bagi yang ada masaalah usus, mikrobiota dalam usus tidak optima, banyak patogen dari bakteria baik dan bila mengambil prebiotic atau probiotic reaksi awal adalah ceret beret dan berak berlendir . Ini disebabkan rombakkan yang dilakukan dalam usus apabila populasi bakteria baik meningkat dan bakteria dan kulat patogen mula mati mengeluarkan bahan buangan yang banyak.  Reaksi healing crisis perlu dibezakan dengan allergi /tidak serasi kepada pro atau prebiotic .
  2. Keluar ruam, bisul, kudis dikulit apabila penyakit dalaman dirawat . Contohnya pesakit ada lelah dan bila dirawat lelah kurang  kudis naik. Keadaan ini perlu ditangani dengan baik sebab jika merebak adalah bahaya. Kudis tidak sepatutnya merebak sehingga tahap bahaya .
  3. Penyakit sembuh, penyakit lama datang semula . Ini mengikut arah penyembuhan dan rawatan perlu disemak ( review ) serta bahan pengubatan disesuaikan semula dengan gejala dan semboyan terkini .
  4. Penyakit baik dibahagian atas dan timbul pula dibahagian bawah. Ini juga  adalah arah penyembuhan yang betul .
  5. Pesakit yang pendam perasaan bertukar menjadi pemarah ( ini adalah reaksi badan mengeluarkan punca penyakit yang selama ini dipendam )
  6. Emosi bertukar menjadi tenang dan wujud perasaan positif  dan tenaga bertambah

Rawatan salah arah bila berlaku perkara begini

  1. Timbul penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini : untuk rawatan homeopathy ini bererti ubat diberi terlalu lama dan diulang terlalu kerap atau ubat diberi secara komplex ( banyak ubat sekaligus )
  2. Penyakit kulit sembuh tapi datang penyakit jantung atau sendi ( arah penyembuhan  songsang)
  3. Untuk kes eczema yang ada dikaki , yang dikaki baik naik semula dimuka dan badan ( arah penyembuhan songsang )
  4. Penyakit fisikal baik tapi timbul murung, tak selera makan dan letih badan : petanda bahawa ubat sebenar tidak sembuhkan tapi hanya melenyapkan simptom sakit ( suppression of symptoms )

Akhirkata: Jangan ingat rawatan alami tidak ada risiko atau boleh silap . Jika penawar, supplement , ubatan yang diberikan tidak mengikut penyakitnya dan tidak mengambil kira gejala dan semboyan badan seperti watak, emosi, keadaan panas/sejuk , susuk tubuh, keturuan/genetik  maka rawatan alami bukan setakat akan gagal tetapi akan membahayakan !

 

 

Protokol Rawatan Ekzema

Protokol rawatan eczema ( bayi dan kanak-kanak )

During steroid usage - 27 Aug 2013 Topical steroid usage - 1 months and a half. Started with: 1. Elomet 2. Cutivate 3. Foban(H) - Hydrocort 0.1%
During steroid usage – 27 Aug 2013
Topical steroid usage – 1 months and a half.
Started with:
1. Elomet
2. Cutivate
3. Foban(H) – Hydrocort 0.1%

Pengambilan sejarah
1. Sejarah lengkap termasuk sejarah ibu mengandung, pemakanannya, penyakitnya dan ubatan serta emosinya termasuk keputihan dan lain lain
2. Sejarah kelahiran Caesar atau normal dan apa-apa ubatan intervensi saat kelahiran
3. Sejarah vaksinasi dan apa-apa tindak balas terhadap vaksinasi
4. Sejarah ubatan dan penyakit bayi sejak lahir hingga penemuan, termasuk apa-apa tindak balas terhadap penyakit, ubatan
5. Sejarah alahan kepada susu/makanan
6. Emosi ( takut, risau , periang etc dan tidur senang susah terjaga bila dan lain lain
7. Peluh
8. Najis , warna, kekerapan dan lain lain termasuk bau
9. Waktu waktu gatal dan lain lain modality sekitar gejala eczema termasuk tempat eczema, jenih kering atau basah , ada infeksi atau tidak dan lain lain
10. Sejarah penyakit keluarga
Protokol rawatan
1. Fokus pada pembetulan nutrisi, elak yang alah dan pilih ubat yang sesuai dengan alahan
2. Pilih penawar untuk ubatan/penyakit yang telah timbul sebelum eczema berlaku dan rawat untuknya . ( Causation and barriers to cure ) . Awas pengunaan steroid sebelum rawatan homeopathy memerlukan ubatan untuk pulihkan adrenal gland .
3. Rawat usus bayi dengan mengunakan penawar untuk betulkan bakteria usus . Ini termasuk bowel nosodes, candida nosodes, penawar seperti cina, aloe dan lain lain untuk usus
4. Selepas penawar untuk rawat usus diberikan , pilih pula penawar yang sesuai untuk gejala eczema yang ada.
5. Selepas usus dirawat, pada penemuan susulan pilih penawar constitutional
6. Ambil kira penyakit keluarga dalam memilih penawar yang serasi
7. Semasa awal rawatan gatal perlu dikawal dengan ubat antihistamine jika cara lain tidak berkesan
8. Mandian dan ubat sapu kena cari keserasian, perlu elak aquous cream , steroids, mineral oils, sabun dan kimia yang kuat ( harsh chemicals ) . Yang penting kulit tidak boleh dibiar kering .

 

Menilai Homeopath yang baik

Ramai yang tanya saya untuk tahu homeopath yang baik.

Mungkin lebih baik saya  sebut ciri-ciri homeopath yang baik

Lihat sama ada homeopath yang anda konsult  lakukan atau tidak :

  • Ambil sejarah lengkap. Tanya tentang sejarah penyakit, sejarah lahir dan mengandung untuk.bayi dan anak, emosi dan watak, thermals, sejuk & panas, najis, tidur dan sejarah keluarga serta emosi keluarga etc.
  • Buat analisa sebelum memilih ubat dan berikan satu ubat sahaja dalam satu masa atau dua ubat yang bersifat komplementari .
  • Tidak memberi ubat kombinasi yang potensi lebih dari 10c dan tidak memberi banyak jenis kombinasi dalam masa yang sama .
  •   Memberi keterangan tentang gejala penyembuhan yang mungkin berlaku serta teraangkan cara ubat homeopathy bertindak.
  • Berusaha mengurangkan gejala aggravasi dengan menghentikan ubat atau jarakkan dan cairkan bila berlaku.
  • Ubah ubat bila gejala dan semboyan berubah .
  • Tahu dan beri tunjuk ajar pemakanan dan hygiene setiap penyakit.