Merawat demam selsema ( common cold )

Gejala demam selsema
Gejala demam selsema

Dalam merawat kes demam atau ceret beret, muntah-muntah, bila penyakit itu berpunca dari virus, kita perlu faham bahawa virus itu tidak dapat dimatikan dan virus itu akan mengikut kitarannya .

Contohnya: Virus selsema ( common cold ) ie adenovirus : Bermula dengan sakit /perit tekak, di ikuti dengan demam, rasa tak sedap badan, selepas itu selsema, dan kadangkala berakhir dengan batuk . Selsema akan bermula cair lepas itu menjadi pekat barulah baik .

Bila kita mengambil penawar homeopathy yang similia ( telah dipandankan kepada gejala dan semboyan penyakit ) kita akan rasa lega , kalau sakit tekak, dia akan kurang, kalau lenguh, akan kurang lengoh dan sebagainya namun turutan penyakit itu tetap ada cuma kadarnya kurang. Adakalanya ubat perlu ditukar bila gejala dan semboyan bertukar ( signs and symptoms ). Bila sembuh , badan akan ada antibody terhadap virus yang menyerang.

Apa pula dengan rawatan biasa ? Rawatan biasa mengunakan ubat demam -paracetamol, kalau perlukan tambahan ubat menahan sakit kita boleh berikan mefenemic acid lebih dikenali sebagai ponstan, ubat kering hingus seperti actifed , antibiotic bila hingus pekat untuk matikan kuman yang sebenarnya kuman sedia ada dibadan yang menyebabkan proses hingus jadi pekat , ubat tahan batuk seperti dextromethopan .

Adakah ubatan ini menyembuhkan demam selsema itu atau matikan virus ? Jawapannya tidak dan malahan ia menjejaskan proses penyembuhan badan” ie it is immunosuppressant” . Adakah ubatan ini mempunyai kesan sampingan? Jawapannya ya kesemuanya ada kesan sampingan.

Adakah ia lebih melegakan gejala dan semboyan ? Jawapannya ya, lebih melegakan tapi dengan cara memaksa badan untuk tidak memberi respons kepada virus . Cara badan memberi respons adalah sebahagia mekasisma sistem immune badan maka meleyapkan respons badan menekan dan melemahkan sistem immune .

Antibiotik boleh menghilangkan hingus pekat dan sekaligus mematikan bakteria probiotik dalam usus dan segala bakteria yang memang duduk dalam dan luar badan. Kesan sebaliknya : Membuka ruang pada kulat seperti candida serta bakteria patogen yang boleh mengambil kesempatan untuk menyerang ketika bakteria “kawan” telah dimatikan . Bakteria “kawan ” sedikit sebanyak menghalang bakteria jahat atau disebutkan patogen, ie membawa penyakit .

Ini tidak bererti saya anti perubatan konvensyenal : Adakalanya antibiotik perlu, adakalanya mustahak untuk redakan demam, bila tahap demam terlalu tinggi . Maka Allah swt telah memberikan kepada kita cara untuk ubat secara menyokong badan dan dikala kecemasan , cara mengubat dengan memaksa badan melenyapkan gejala dan semboyan ( symptomatic treatment ) . Keduanya ada peranan dan tempat . Namun disini kadangkala bila anak sakit , ibu bapa menganggap setiap penyakit itu adalah keadaan kecemasan dan akan segera dapatkan ubat untuk meleyapkan gejala dan semboyan. Akibatnya : ubatan yang keras dan kuat sentiasa dimasukkan kebadan kecil itu dan seringlah anak itu sakit sebab sistem immune tak dapat berkembang.