Daily Archives: March 5, 2014

Merawat eczema, lapuran kes 2

Ini adalah AT, saya mula merawat anak lelaki berumur 5 bulan pada 5 hb February 2014. Lapuran kes ini dengan izin dari ibunya .

Anak ini mengidap eczema dan antara faktor yang boleh mencetuskan eczemanya adalah faktor genetic serta pengambilan antibiotic selepas dilahirkan . Anak ini juga tidak dapat susu badan selepas beberapa bulan dan mula mendapat eczema selepas minum susu formula .

  • Eczemanya jenis circinate, ie bentuk membulat .
  • Pemeriksaan menunjukkan keliling dubur pun merah
  • Najis berbau masam dan lembut.

Berdasarkan sejarah dan juga sejarah keluarga, saya memberi satu dos sebuah nosode . Selain itu, anak ini mendapat sejenis lagi nosode untuk jangkita candida dan juga sejenis ubat untuk betulkan bakteria usus ( MP)

Berikut adalah komunikasi antara saya dan ibunya sereta beberapa gambar AT sepanjang perjalan ke arah penyembuhan .

10 February, flare selepas ubat
10 February, flare selepas ubat

 

Gambar sebelah ini adalah ‘flare yang berlaku selepas makan ubat pertama satu dos . Ini mesej ibunya

“Salam doc..condition skin anas thaqif skang.jumpa doc n amik ubat start last thursday.then flare up.saturday stop ubat n now juz mkn al manna”

Memang begitu selepas makan ubat homeopathy, kerap kali akan menjadi lebih merah dulu dan mungkin lebih gatal . Bila berlaku begini saya suruh hentikan ubat dan ibunya telah pun hentikan ubat .

Tanpa ubat dengan hanya mengambil lactulose dan Al Manna. Bila gatal, diberikan antihistamine, ini langkah sementara sahaja dan dihentikan bila gatal berkurangan .

Seterusnya pada 22 hb February

Pada 22 February kulit AT sudah mula sembuh dan tidak lagi merah
Pada 22 February kulit AT sudah mula sembuh dan tidak lagi merah
Perbandingan AT semasa eczema dan bila mula sembuh
Perbandingan AT semasa eczema dan bila mula sembuh

Ibunya rasa lega sebab kulit anak sudah pulih, masih tanpa memberi sebarang ubat homeopathy.

Seterusnya pada 26 hb February, eczemanya datang semula !

feb 26 flare again
26 February selepas 4 hari sembuh mula merah semula !

Apa sudah jadi ? Sebenarnya tak perlu risau, hanya petanda bahawa kena makan ubat semula maka dimulakan semula MP tapi kali ini diberi dengan lebih cair dan lebih jarak . Dua titik dalam air secawan, beri hanya satu sudu teh. Bukan bagi secara routine hari-hari tapi beri dan nilai response. MP diberi tiga hari dengan cara mencairkan dengan air . Selepas hari ketiga, AT demam!

Ibu mana tak risau kalau anak demam? Sudahlah demam, saya suruh biarkan demamnya itu tanpa memberi paracetamol !

Bila demam, MP dihentikan seketika .

Demam AT kurang dari 24 jam rupanya ! Ibu AT memberi komen bahawa kemungkinan sistem immune AT bertambah baik !

AT sudah baik demam, nak berus gigi pulak !
AT sudah baik demam, nak berus gigi pulak !

Selain dari ubat homeopathy, ibu AT memberi susu rice milk mengantikan susu formula serta olivenol dan Al Manna. Untuk sapu diguna Udder cream dari Mogoo.

Kenapa diberikan prebiotics Lactulose dan Al Manna? Ia adalah untuk membiakkan bakteria baik dalam usus. Ciri-ciri circinate dan dubur merah menyebabkan saya syak ada candida. Najisnya pula masam pada peringkat awal .  Ubat MP yang diberikan adalah nosode juga yang merupakan bakteria usus yang telah disediakan mengikut kaedah homeopathy.

AT memang akan memerlukan ubat homeopathy lagi tapi bukan untuk makan hari hari, mungkin seminggu sekali dan mungkin juga sebulan sekali .

Memang ada gejala aggravasi dalam bentuk flare dan demam.  Oleh kerana ibu AT telah ikut sebagai mana saya ajarnya dan sentiasa berkomunikasi dengan saya, penyembuhannya ‘smooth and gentle ‘.

Ini gambar hari ini 5 hb Mac 2014

Riang ceria hari ini ! Cuma beberapa dos ubat homeopathy dan pembetulan sistem immune melalui pembetulan usus !
Riang ceria hari ini ! Cuma beberapa dos ubat homeopathy dan pembetulan sistem immune melalui pembetulan usus !

Perlu saya ingatkan setiap kes berbeza, ubatnya berbeza dan ubat sapunya pun mungkin berbeza  maka rawatan eczema pada banyak ketika perlukan bimbingan dan preskripsi dari homeopath yang mahir dalam cara merawat eczema .