Monthly Archives: February 2014

Menilai respons kepada rawatan- maklumbalas pelanggan

Kepala A, jadi ruam pula, yang asal adalah serupa cradle cap atas kepala bahagian berambut
Kepala A, jadi ruam pula, yang asal adalah serupa cradle cap atas kepala bahagian berambut

 

Dibawah ini saya pastekan maklumbalas dari ibu kepada anak yang saya rawat. Anaknya mengidap eczema. Bukan mudah untuk dirawat dan yang mengalami ‘perjalannya adalah ahli keluarga kepada yang mengidapnya. Kadangkala saya sendiri rasa cemas dengan keadaan pesakit saya tapi tidak ada jalan mudah untuk rawat penyakit ini. Krisis penyembuah pasti berlaku dan ibubapa perlu tahu baca sama ada anak semakin sembuh.
Saya bersyukur penulisan saya sebelum ini dapat membantu sedikit sebanyak ibubapa untuk baca perkembangan anak dari segi sama ada semakin sembuh atau tidak .
Ikuti dibawah ini deskripsi perkembangan anaknya dalam masa dua minggu dirawat dengan penawar homeopathy.
Dari maklumbalas ini saya dapati ibu ini patuh pada arahan saya dan hentikan dos apabila ada respon kepada penawar.
Sehari selepas rawatan, pada 2 hb February 2014
Assalamualaikum Dr Suriya. saya ialah xxxx, terima kasih atas pertemuan kita semalam. Doktor ialah doktor pertama yang sanggup menjawab persoalan kami dan mengajar kami bagaimana untuk menjaga keadaan anak kami dengan baik.
Kami ingin memberikan situasi terkini mengenai keadaan A semenjak kami pulang dari rawatan untuk rujukan di masa hadapan. apabila kami balik, A mengalami cirit birit, najis terakhirnya cair sebelum dia boleh tidur dengan baik.
Pagi ini, kami perasan ada satu benjolan kecil dibahagian kanan kulit kepalanya. rupanya seperti gigitan serangga, tetapi hilang setelah beberapa jam.
Sewaktu mandi, saya menyedari ada benjolan yang lebih besar di sebelah kiri kepalanya, dan ia juga hilang selepas beberapa jam.
Saya juga menyedari yang dia lebih manja dan juga merengek berbanding semalam. dan dia juga asyik tertidur sahaja.
Saya berhajat untuk memberinya dos pertama Morgan Pure, dan saya akan terus memerhatikan keadaannya esok
Saya harap tindakan saya ini betul. saya ingin bertanya mengenai agen pelembap seperti minyak bijan dan nasihat doktor untuk berhenti menggunakan ubat apabila ada perubahan yang baik atau keadaannya bertambah buruk. seperti yang sedia maklum, minyak bijan membantu penghasilan ceramide, adakah kita menghentikan penggunaannya juga apabila dia menjadi lebih baik/buruk?
Jawapan saya :
Terus gunakan minyak tersebut. ianya seperti sudah ada penyembuhan. berhenti menggunakan Morgan pure sehinggalah ianya benar-benar statik, ia itu sudah stabil .
Dari mesej facebook saya : 17hb Feb 2014
Ibu pada A :
Assalamualaikum Dr suriya, harap anda sihat dan kami baru sedar yang A sudah menggunakan rawatan homeopathy selama 2 minggu dan kami mengemaskini perjalanan rawatannya.
Alhamdulillah, entri terbaru tentang proses penyembuhandari blog Doktor telah menjadi panduan yang besar yang mententeramkan jiwa kami. semua perkara yang anda sebutkan adalah tanda-tanda positif yang A secara perlahan-lahan bertambah baik.
Alhamdulillah, dia sudah mula ‘berbual-bual’ dengan kami semalam selepas lama sebelum ini. moodnya juga berubah menjadi lebih baik, lebih banyak tersenyum dan ketawa.
Dalam blog doctor ada menyebut bahawa ubat seharusnya diberi seminggu sekali ( setelah keadaan stabil)
Saya hanya memberi A secara total 2 dos Morgan dan 2 dos Grafit ( dalam rawatan homeopathy, sedikit adalah memberi nilai kesembuhan yang lebih banyak) keduanya-duanya mengalami selang masa yang panjang disebabkan oleh tindakbalas tersebut. dos terakhir diberikan pada hari selasa 11 February, selepas tindakbalas yang kuat seperti kulit pecah-pecah dan keluarnya lelehan, tetapi alhamdulillah 70% daripada kulit yang pecah-pecah hilang keesokan harinya.
Kami tidak lagi memberikan apa-apa ubat selepas itu. najisnya menjadi lebih konsisten. ( Nota saya, amat penting perhatikan najis anak , najis yang sihat warna kuning hingga coklat dan berbau seperti pisang busuk)
Pipinya masih mempunyai pecah-pecahan kecil dan sedikit lelehan selepas mandi. tangan kanannya sudah benar-benar sembuh daripada apa-apa benjolan, sementara tangan kirinya nampak sedang beransur sembuh. Hanya minggu lepas leher dan dadanya dipenuhi dengan benjolan merah yang gatal, tetapi semenjak semalam beransur hilang. Kakinya yang sebenarnya paling gatal merenyam menyebabkan dia tidak boleh tidur malam.
Walaupun sudah beransur baik, adakah patut saya hentikan ubatnya atau menyambungnya paling kurang seminggu sekali?
Jawapan saya :
Salam, boleh sambung tetapi cairkan di dalam air. titiskan satu titik dalam 100ml air kosong, kemudian ambil satu sudu kecil. boleh beri sekali seminggu. nampak seperti satu tindakbalas yang baik, memang atas kering turun ke bawah
Bolehkah saya berkongsi pengalaman anda dengan pembaca saya? ianya akan banyak membantu mereka, dengan izin Allah.

Ibu A
Bolehkah saya campur dengan air zam zam?
Jawapan saya:
Itu akan menambah galian air zam zam, ianya boleh dilakukan asalkan tidak digoncang, kerana ia boleh mengubah sifat ubat tersebut

Penulisan asal dalam BI

Sehari selepas rawatan pada 2 hb February 2014

Salaam Dr Suriya, This is XXX, thank you for meeting with us yesterday. You are the first doctor that we went to that was willing to answer our curiosity and taught us how to care for our daughter.

We would like to update you on A’s condition since we returned for your own future reference insyallah. When we got back A had a session of diarrhea, her last stool was watery before she was able to sleep. (Nota saya:  Ini adalah respon yang hampir serta merta)

This morning we noticed a small bump on the right side of her head. Similar to an insect bite, but was gone after a few hours.( Nota saya: ini adalah respon pada ubat, keluar dan hilang sendiri )

During her bath, I noticed a bigger bump on the left side. Again it was gone after a few hours.

I’ve also noticed that she is more clingy and cranky compared to yesterday. And she wants to sleep more.( Nota saya, ini juga respon pada ubat, perangai lebih merengek )

I have yet to give her the first dose of Morgan pure, I am going to further observe how she is tomorrow. ( Nota saya, absolutely right )

Hope that is the right move to do. I would like to ask a question regarding her moisturizing regime using the sesame oil and your advice to stop using the meds when we see improvement or when her condition has worsen. Since sesame oil helps in the production of ceramides, do we stop with usage as well after she is better/worse?

Jawapan saya :
Keep using oils. Sounds like a healing reponse stop the morgan till settled

Dari ibu :
Ok. Noted. Thanks.

Dari mesej facebook saya : 17hb Feb 2014

Ibu pada A :
Salaam Dr Suriya, Hope you are well I just realised that its been 2 weeks since A

started on her homeopathy journey while updating her journal on her recovery.

Alhamdulillah your latest entry on the process of recovery has been a great help and comfort for us. All the things mentioned by you are positive signs that Aisyah is recovering slowly.

Alhamdulillah, she has started “talking” to us again yesterday after a long break. Her mood has been leaps and bounds better, laughing and smiling more now. ( Allhamdulillah, ini menunjukkan kuasa hayat anak ini sudah mula pulih dan begitu juga sistem immunenya )

In your blog entry, you mentioned that medication should be given once in a week (Nota saya; bukan semestinya tetapi apabila semakin sembuh, kita jarakkan ulangan penawar) .

I’ve only given A a total of 2 dose of Morgan and 2 dose of Graphite. (Nota saya, dalam rawatan homeopathy, less is more)  Both had a long interval in between because of the reaction. The last dose was given Tuesday, 11 Feb, after which, the reaction was quite strong, cracks and oozing, but Alhamdulillah 70% of the new cracks cleared by the next day ( nota saya: healing crisis akan menunjukkan gejala penyakit tapi cepat sembuh berbeza dengan yang asal, lambat atau tidak sembuh ) 

We have not given her any meds since then. The texture of her poop has been consistent since yesterday. ( Nota saya, amat penting perhatikan najis anak , najis yang sihat warna kuning hingga coklat dan berbau seperti pisang busuk )

Her cheeks still has cracks and ooze slightly only after baths. Her right hand is completely clear of any bumps, while her left looks to be recovering.
It was last week that her neck and chest area seems to be one of the itchy area and red with bumps, but they are starting to clear since yesterday. Her legs by far are the ones that itches the most and keeps her up at night.  ( Nota saya : Memang arah penyembuhan dari atas kebawah )

Although it looks to be smoother despite the bumps. Based on her development, should i stop the meds completely or give once a week?

Jawapan saya :
Salam, please continue giving but in a diluter form. Drop in water about one drop, to 100 ml, then a dose is 1 teaspoon from this . Can give once a week ! Looks like good reactions, memang atas kering turun kebawah.
May I share your description with my readers? It would help guide them insya allah

Jawapan ibu memberi izin saya sharekan dialogue kami

yes sure. thank you dr suriya

can i mix with zam2 water?

Jawapan saya:
That will add the zam zam minerals , should be ok so long as you just dilute without shaking, if you shake it will change in properties

Menilai respon kepada rawatan

homeopathic medicine

Kerap kali rawatan gagal atau dihentikan disebabkan pesakit/ibubapa tidak memahami respon pesakit kepada rawatan.

Bila disebutkan rawatan, apa yang dimaksudkan adalah sebarang intervensi yang mengubah keadaan asal pesakit .

Ini termasuk makanan kesihatan, tukar diet, pantang dari sesetengah makanan, berhenti dari mengambil ubat seperti steroid, ubat darah tinggi dan lain-lain serta pengambilan ubat homeopathy dan ubat herba.

Dalam penulisan ini, saya tumpukan kepada pengambilan ubat homeopathy dan bertukar dari rawatan konvensyenal kerawatan homeopathy.

Contoh yang saya berikan adalah dari kes-kes eczema tapi kes penyakit lain pun hampir sama respon pada ubat .

Respon pada ubat boleh disenaraikan seperti berikut , satu atau lebih gejala boleh berlaku:

1. Tidak ada perubahan langsung dari segi emosi fisikal atau mental .

2. Pesakit menjadi stabil emosi, ie kurang sedih, kurang marah, kurang risau , lebih riang, kurang merengek, lebih berdikari , senang komunikasi etc .

3. Berubah ketahanan pada suhu: dari tak tahan panas ke tak tahan sejuk etc .

4. Pesakit bertambah teruk dari segi fisikal : dalam kes eczema, dari kering jadi berair, dari tak merah menjadi merah, gatal bertambah gatal, naik yang baru etc.

5. Beransur pulih dengan cara perlahan.

6. Timbul gejala baru yang tidak pernah dialami ( jarang berlaku pada eczema tapi berlaku pada sakit lain dan selalunya dewasa)

7. Perubahan pada gejala , kulit baik tapi datang batuk pula . Atau kulit muka sembuh dan turun pula kekaki .

Ini keterangan setiap yang disebutkan di atas :

1. Tiada perubahan langsung …ubat belum bertindak, perlu diulang ubat sehingga ada respon. Jika sudah memberi selama 5 hari dan masih tidak ada respon, maka mungkin perlu tukar ubat lain atau tukar dos . Mungkin preskripsi yang diberi tidak tepat sebab maklumat tidak lengkap

2. Pesakit bertambah baik dari segi emosi : contohnya anak yang merengek minta didukung sudah boleh ketawa dan main sendiri . Ini respon baik, kuasa hayat ( vital force ) badan sudah mulakan proses penyembukan . Ubat perlu dihentikan sebab rangsangan yang dikehendakki sudah berlaku. Jika ubat diteruskan akan menjadi respon keras dari kuasa hayat .

3. Berubahnya ketahanan pada suhu juga menunjukkan kuasa hayat sudah memberi respon, ubat perlu di hentikan seketika

4. Bertambah teruk dari segi fisikalnya . Ini adalah gejala aggravasi . Ada beberapa keberangkalian disini .  Respon dari kuasa hayat terlalu kuat sebabkan ulangan ubat terlalu kerap atau dos terlalu tinggi. Dos yang diberi adalah dos yang dinilai berpatutan dengan pesakit namun sebab setiap pesakit mempunyai tahap kepekaan  kepada ubat yang berlainan, ada pesakit yang hanya perlukan satu dos ubat dan sudah mula memberi respon dengan satu dos. Oleh kerana  ubat di ulang walaupun respon sudah ada, maka kuasa hayat akan bertindak lebih kuat dengan mencuba untuk tolak keluar penyakit dengan lebih deras . Langkah yang diperlukan dalam kes begini adalah menghentikan ubat homeopathy  dan menunggu sehingga aggravasi itu reda. Jika aggravasi terlalu teruk maka boleh jalankan langkah matikan respon kuasa hayat dengan cara paksa. Ini boleh dilakukan dengan memberikan antidot homeopathy ( perlu jumpa semula pengamal ) atau dilakukan sendiri dengan memberikan ubat konvensyenal seperti antihistamine atau ubat tahan sakit . Jangan berikan ubat yang tidak melalui presripsi doktor untuk pesakit berkenaan dan jangan beri dos yang lebih dari sepatutnya .

Bagaimana nak tahu ini betul-betul aggravasi ubat yang akan akhirnya membawa penyembuhan ?

  • Aggravasi ubat yang baik adalah apabila kulit menjadi berair tapi mental dan emosi bertambah baik .
  • Kulit berair hanya sekejap dan cepat kering
  • Timbul bisul kecil bernanah tapi cepat pecah dan kering
  • Mula kering atas kepala dan muka tapi jadi pula di badan, dan mula kering dibadan, jadi pula di tangan dan akhir sekali mula kering ditangan dan timbul dikaki .  Ini menunjukkan arah penyembuhan yang dari dalam ke luar, dari atas kebawah, dari tengah ketepi ,

Bagaimana nak bezakan dengan Topical Steroid Withdrawal ?

  • Tidak dapat dibezakan jika keduanya dijalankan serentak ie, hentikan ubat sapu steroid dan makan ubat homeopathy serentak .  Maka, lebih baik mulakan ubat homeopathy dan terus guna steroid tapi dengan cara jarakkan applikasi cream steroid dan kurangkan amoun yang disapukan. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan krim steroid dalam krim pelembab yang lain, maka amaun steroid telah dikurangkan .  Maka steroid dihentikan secara beransur.

Bagaimana nak bezakan dengan penyakit sebenarnya bertambah teruk ? Penyakit memang boleh bertambah teruk jika berlaku sesuatu yang boleh ganggu kuasa hayatnya. Antaranya :

  • Memakan makanan yang dia alah ( allergik)
  • Mandi dengan air yang ada kimia atau air laut, atau air hot spring.  Kesemua ini boleh mencetuskan aggravasi penyembuhan atau menerukkan penyakit asal
  • Mendapat jangkitan kuman atau virus yang menjejaskan lagi sistem immune serta menganggu kuasa hayat

5. Jika penyakit pulih dengan cara beransur dan perlahan , ini yang paling ideal dan ubat hendaklah diberikan dengan dos yang dijarakkan , contohnya seminggu sekali sahaja

6. Timbul gejala baru yang belum pernah wujud bererti ubat telah diberikan terlalu lama . Perlu dihentikan segera dan berjumpa semula dengan pengamal .

7. Jika ada perubahan pada gejala asal dan timbul penyakit lain, ini mungkin bererti bahawa penyakit sudah berubah haluan dan memerlukan ubat lain. Hentikan ubat dan berjumpa semula dengan pengamal . Jika perubahan itu dari dalam keluar, ini adalah petanda baik. Contohnya dari batuk ke ruam kulit .  Walaubagaimanapun , ubat perlu ditukar maka berjumpa semula dengan pengamal .

 

Doktor anak saya sakit sebab rawatan hospital ?

Soalan dari pembaca :( Butiran di ubah untuk melindungi identiti pembaca)

Doctor, saya rasa anak saya sakit sebab rawatan hospital. Anak saya semasa umur 3 bulan cuma merengek tak boleh tidur, bila saya bawa ke hospital kerajaan, doktor suruh masuk wad. Bila masuk wad doktor berikan antibiotik melalui salurang intravenous.  Selepas lima hari baru anak saya  discaj. Lepas balik,  baik dua hari,  dia dapat batuk pula dan saya bawa semula ke hospital. Kali ini anak saya masuk wad rawatan  intensif  dan doktor jolok tekak, masukkan saluran alat pernafasan. Sejak dari itu anak saya tak pernah sihat betul, selalu saja demam dan kurang selera makan. Saya rasa ini disebabkan rawatan doktor.

Apa pendapat doktor ?


Respon saya:

Mungkin saya tidak boleh menjawab soalan ibu ini. Saya tidak berada di tempat kejadian dan tidak memeriksa bayi tersebut maka saya tidak tahu sama ada rawatan yang diberikan wajar atau tidak . Sangka baik saya terhadap doktor di hospital kerajaan membuatkan saya fikir bahawa keadaan anak menyebabkan doktor mengambil langkah tersebut . Seterusnya, anaknya sakit semula dan kali ini, mungkin yang anak itu dapat adalah infeksi paru-paru yang serius. Maka, amat wajar anak di intubatkan untuk selamatkan nyawa .

Masaalah yang timbul dalam kes ini adalah tidak wujud komunikasi yang baik antara doktor, jururawat dan ibubapa tersebut . Maka, ibubapa tidak tahu kenapa anaknya yang katanya hanya merengek serta tidak boleh tidur dimasukkan ke wad dan diberi antibiotik secara IV. Anak yang sakitlah yang akan merengek . Anak yang sihat tidak akan merengek serta tidak boleh tidur. Ibubapa tidak dapat baca tanda-tanda sakit kuat tapi doktor dilatih untuk baca tanda-tandanya maka tidak mungkin doktor sewenagnya admit pesakit  ke wad. Doktor di hospital pula bekerja dalam sebuah pasukkan dan yang paling atas sekali adalah seorang doktor pakar yang berilmu dan berpengalaman . Maka amat jaranglah doktor  di hospital kerajaan membuat keputusan tanpa alasan yang kukuh. Memberi antibiotik adalah sebuah langkah yang mungkin telah digariskan oleh pakar bila hadapi penyakit seperti dialami anak itu.

Namun begitu sedia maklum, wad hospital ada orang sakit berjangkit dan ada banyak kuman. Maka, memang ada kemungkinan infeksi paru-paru yang datang kemudian adalah dari kuman hospital .

Adakah wajar anak dimasukkan di wad intensif dan di intubate?
Mungkin langkah itu terpaksa diambil untuk selamatkan bayi.

Mengapa pula anak itu sering sakit selepas itu?
Ada beberapa perkara yang telah lemahkan sistem immune anak ini. Rawatan hospital dan konvensyenal kurang memberi perhatian aspek ini. Sekarang agak baik sedikit sebab ada doktor yang akan berikan probiotics selepas memberi antibiotik .

Saya sebagai medical homeopath akan mengambil langkah begini :

 

  1. Pembetulan sistem immune akan dilakukan dengan prebiotics dan probiotics
  2. Pemakanan akan dibetulkan
  3. Ubat homeopathy untuk betulkan usus- bowel nosodes dan lain-lain
  4. Ubat homeopathy untuk tangani kesemua kelemahan mengikut prinsip serasi


Jangan salahkan pihak hospital, mereka lakukan terbaik mengikut fahaman dan pengetahuan mereka .

Kekurangan cara untuk tangani situasi seterusnya akan ditampung lambat laun bila homeopathy dibenarkan di hospital . Langkah permulaan sudah bermula insya allah, Kementrian Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia sedang berusaha kearahnya namun masanya mungkin 2-5 tahun lagi .