Ruam selepas antibiotic

Seorang ibu membawa anak berumur 8 bulan, tidak pernah sakit sehingga sebulan yang lepas. Mendapat demam selsema . Demamnya terlalu tinggi maka ibu pun membawa anak ke hospital . Kena tahan wad. Diberikan paracetamol dan juga antibiotics IV. Selepas ini baby sudah baik demam dan pulih seperti biasa .

Benar ke?

Seminggu selepas baik, anak mula mendapat ruam dimuka. Pergi doktor diberitahu ini food allergy. Jumpa paediatrician, paediatrician kata, bukan , ini eczema . Anak ini tidak pernah eczema sebelum ini . Ruam ini menjadi teruk selepas makan ayam dan telur. Anak ini sebelum ini pernah makan bahan yang sama tanpa kesan apa-apa.

Apa yang sudah jadi ?

Antibiotics mematikan gut bakteria dan ini akan menyebabkan pembiakan candida dalam usus. Candida adalah juga penghuni usus yang tidak menyebabkan penyakit kecuali bila bakteria baik mati . Bila bakteria baik mati, candida akan membiak tanpa kawalan dan ini menyebabkan usus mengalami radang. Maka terhasil leaky gut . Bila baby mengambil protin, protin akan dihazamkan sehingga menjadi asid amino dan asid amino masukki darah . Bila ada leaky gut, bahan protin yang belum hancur habis akan kedarah . Maka, bila bahan yang tidak cukup proces perkumuhan masukki darah, antibody akan terhasil terhadap protin tersebut makan terjadilah alahan pada makanan tersebut .

Apakah langkah yang perlu diambil untuk pulih ?

1. Bina semula gut bakteria dengan probiotic selama 5-7 hari
2. Di masa yang sama ambil prebiotic seperti Al Manna
3. Rawatan homeopathy untuk reverse balik leaky gut
4. Jika perlu oral nystatin untuk basmi candida dalam usus

6 thoughts on “Ruam selepas antibiotic

  1. doctor, anak saya mcm mengalami masalah yang sama..mula2 dia naik bintik2 macam alergi, kemudian demam panas selama 4 hari. sebelum ini dia tiada masalah alergi pun. umur anak setahun 5 bulan. mcm mana saya nak kembalikan semula antibodi di dalam badannya? cuma untuk pengetahuan doctor, saya pernah mengalami masalah alergi dulu. adakah ini penyakit keturunan, dan bolehkan diubati?

    1. Salam Sharifah,
      Mungkin ini jangkita virus . Kalau selepas baik demam anak pulih sepenuhnya tidak ada apa-apa yang perlu dilakukan, jika anak sering dapat gatal dan ruam, elok ambil rawatan. Ubatan doktor biasa hanya menahan, rawatan allergi boleh ditumpukan pada pembetulan usus dengan mengambil probiotic pada awalnya dan digandingkan dengan prebiotic dan teruskan prebiotic. Gum Arabic ( Al Manna ) adalah prebiotic yang juga merupakan sumber nutrisi yang baik untuk anak

    2. Ada unsur penyakit warisan ie inherited genetic predisposition . Boleh betulktan dengan pembetulan usus namun masih perlukan rawatan homeopathy

  2. Dok.. rawatan reverse balik leaky gut utk baby 4bln boleh ke? Klau mummy pun ade gbs+ve mase pregnant boleh x nak cuba homeopaty jugak utk jaga jugak..

    1. Salam, memang itu yang dirawat kalau wujud. Selain dari itu kena rawat genetik sekali dan lain-lain faktor yang menghindarkan penyembuhan

Comments are closed.