Monthly Archives: January 2014

Merawat Eczema – Faktor genetic

Beza antara kulit sihat dan kulit eczema , atopic dermatitis adalah eczema
Beza antara kulit sihat dan kulit eczema , atopic dermatitis adalah eczema

Seperti yang saya tulis seblum ini, eczema bukan timbul dari satu sebab dan mempunyai beberapa punca dan pencetus . Di penulisan ini saya perincikan sumbar dan pencetus yang mana ia boleh menjadi sebuah panduan untuk perawat serta ibu bapa dan pengidap eczema sendiri . Tujuan penulisan ini adalah untuk membantu perawat serta pengidap eczema menangani penyakit ini dengan cara sistematik dan mantap.

Dari kajian, telah didapati bahawa eczema boleh timbul bila ada kelemahan genetik dalam keluarga. Maka bagi anak yang ada adik beradik yang telah dapat eczema atau ibu ayah dan saudara dekat ada eczema maka anak itu berkemungkinan akan dapat eczema.

Telah dikaji dan dibuat kesimpulan bahawa pengidap eczema mempunyai kekurangan ‘ceramide’ dikulit dalam stratum corneum, ia tu lapisan luar kulit . Kekurangan ini menyebabkan kulit mudah kering dan sensitif terhadap bahan bahan kimia seperti yang ada dalam sabun basuh kain.  Kulit juga sensitif kepada habuk dan juga bakteria yang sememangnya bakteria kulit .

Maka amat mudah untuk kulit  menjadi radang serta gatal. Kulit menjadi merah, mengelupas dan kadangkala mengeluar cecair ia itu serum apabila anak itu mengaru atau mengosok mukanya ke bantal .

Diperingkat awal begini, mungkin langkah yang mudah dan berkesan adalah menyapu ‘barrier cream’ yang mengandungi ‘ceramide’. Ini termasuk safflower oil, grapeseed oil, wheatgerm oil,  hemp seed oil dan minyak bijan (sesame oil).  Satu formula mujarab adalah : 1 sudu teh Al manna, 30 ml air bertapis, 30 ml hemp seed  oil atau minyak bijan. Formula ini melekit bila disapu dan selepas beberapa minit akan terus kering . Tidak boleh digunakan sebarang sabun mandian biasa dan produk untuk kulit sensitif perlu digunakan seperti sabun sebamed untuk bayi. Ini pun kena nilai dulu sama ada boleh atau tidak. Kalau masih sensitif, boleh hubungi Spa Muslimah untuk dapatkan rumusan tailor made untuk pesakit eczema.  Link seperti dibawah .

Satu produk yang boleh dibeli di farmasi dan mengandungi ceramide adalah Cetaphil.

Langkah seterusnya adalah mempastikan sabun basuhnya adalah jenis tanpa wangian dan tanpa kimia. Kalau zaman dulu, ibu-ibu akan sagat sabun asli yang berwarna kuning semula jadi yang tanpa wangian dan tanpa kimia.  Kini ada pula eco ball, pencuci kain tanpa sabun yang boleh dicuba.

Untuk tangani masaalah habuk, bilik perlu vacuum selalu dengan vacuum yang ada guna air supaya habuk tidak melayang.  Guna juga lampu garam supaya mengeluarkan ion negatif dalam bilik dan juga sekali sekala ozonkan bilik atau beli penyegar udara yang ada hepar filter  dan guna .

Jika ada alahan pada sebarang makanan, maka makanan tersebut perlu di elak dalam peringkat ini. Ini termasuk ibu yang menyusukan. Sebagai contoh, jika ada ahli keluarga alah udang, maka udang perlu di elak sebab besar kemungkinan anak itu pun alah udang.

Susu formula bukan setakat mengandungi susu tetapi juga mengandungi berbagai kimia yang ditambahkan pada susu. Kimia ini tak boleh tidak akan mengalir melalui darah keseluruh badan termasuk bawah kulit dan akan menyebabkan gatal juga bagi anak yang eczema dan mempunyai stratum corneum yang kurang ceramides.

Langkah seterusnya adalah tangani awal warisan genetik dengan rawatan homeopathy.  Rawatan homeopathy pada peringkat paling awal ini akan menhindarkan penyakit menjadi rumit ( complex ) .

Kes menjadi rumit bila anak di sapukan dengan krim steroid yang akan menipiskan lagi kulit serta antibiotic yang akan menghapuskan mikrobiota baik dalam perut dan perlu di ingatkan bayi kurang dari enam bulan amat alah pada ubatan dan memberinya antihistamine pada umur ini akan menyebabkan ia mengantuk dan kurangkan perkembangannya ( milestones ) .

Akan disambung seterusnya bagi kes yang sudah menjadi rumit atau mempunyai pencetus ( trigger ) yang lain .

Link berguna

Natural Prebiotic, stokist Al Manna dan Taybeat serta Manna Care

Spa Muslimah, boleh membantu rumuskan product barrier creams untuk kulit serta sabun hypoallergenic, made to order

 

Merawat Eczema – Pendekatan saya

Eczema ada penyakit yang rumit yang mempunyai berbagai sebab dan bukan dari punca sama.

Antara sebab sebab eczema  adalah seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, sila rujuk artikel sebelum ini .

Kalau saya senaraikan semula sebab sebab utama ia adalah

1. Usus yang tidak mempunyai mikrobiota yang sepatutnya , ie usus yang kurang sihat dan ini termasuk infestasi dengan cacing . Usus yang kurang sihat akan menunjukkannya dari kembung dan najis yang busuk atau masam serta terlalu keras atau terlalu lembik dengan warna yang bukan kuning terang .

2. Toksin dari makanan atau dari sumber lain, toksin terbagi dua , toksin kimia termasuk bahan dalam vaksin, dalam susu formula, makanan bayi dan juga ubatan terutama antibiotik  dan toksin bio organic, toksin bioorganic dari virus bakteria dan fungus serta sengat binatang . Satu lagi jenis toksin adalah toksin emosi , ini termasuk stress dalam keluarga, ditempat penjagaan dan dirumah, termasuk stress ibu semasa mengandung .

4. Nutrisi kurang semasa dalam kandungan atau semasa bayi

5. Warisan genetic, ini bererti ada ahli keluarga lain yang mengidap eczema, asthma atau penyakit allergi yang lain .

6. Alahan pada bahan makanan akan terjadi sama ada sebagai warian atau melalui leaky gut .

Pendekatan yang saya guna adalah seperti berikut

Pengambilan kes yang lengkap termasuk sejarah ibu semasa mengandung, sejarah sakit serta ubatan, sejarah pemakanan, emosi baby, ketahanan badan pada cuaca, suhu dan lain lain faktor luaran ,  alahan yang nyata.

Pemeriksaan kawasan terlibat, saya akan membuat evaluasi  ada atau tidak infeksi bakteria atau fungal atau virus seperti herpes

Analisa butiran untuk mencari ubat homeopathy yang serasi

Preskripsi berdasarkan analisa

Antara ubatan homeopathy termasuk bowel nosodes, candida nosodes, constitutional treatment,  miasmatic treatment dan lain lain mengikut apa yang ditemui semasa pengambilan kes serta pemeriksaan.

Perlu saya nyatakan, dalam kes eczema, pendekatan yang saya guna adalah integrated .

Ini bererti saya tidak ketepikan ubatan bila perlu  langkah-langkah berikut:

Untuk kes yang ada jangkitan fungus, pengambilan antifungal mungkin cepatkan penyembuhan

Kegunaan antihistamine untuk kawal gatal pada peringkat awal

Kegunaan potassium permanganate untuk keringkan yang berair

Kegunaan herba seperti kunyit dan echinacea untuk kawal infeksi bakteria

Kegunaan gum arabic, lactulose dan probiotic untuk betulkan mikrobiota usus

Ubat cacing mebendazole untuk bunuh cacing di ikuti dengan ubat homeopathy untuk cegah ulangan jangkitan .

Pine tar gel ( pintearsol ) untuk mandian

Manna care untuk sapu

dan lain-lain lagi

Saya tidak gunakan steroids tapi kalau pesakit sedang on steroids saya tidak galakkan berhenti mendadak tapi berhenti dengan berasansur disamping membuat pembetulan pada usus. Jika berhenti mendadak dan terus ambil ubat homeopathy, gejala topical steroid withdrawal ( TSW) akan bercampur dengan gejala detox dan eczema akan jadi teruk dulu sebelum baik .

Semasa detox, bila ada gejala bertambah merah, bertambah gatal atau jadi berair selepas sudah kering, JANGAN ULANG UBAT HOMEOPATHY  sehingga gejala detox ini reda. Sebarang ulangan ubat semasa ia sedang gejala detox akan menyebabkan ianya bertambah teruk ! Ubat boleh diberi semula apabila gejala detox sudah reda.

Jangan berikan lebih dari satu jenis ubat homeopathy pada hari yang sama . Kalau beri lebih dari satu dalam sehari , rangsangannya akan terlalu kuat dan boleh menyebabkan gejala detox yang terlalu kuat dengan mengeluarkan gatal dan erupsi yang lebih .

Gejala detox harus dilalui cuma kita cuba ringankan dengan mengunakan antihistamine , mandian dan lain lain.

Awas juga sebab ada yang tidak dapat bezakan jangkitam bakteria dan mungkin ingatkan ia adalah gejala detox. Jangkitan bakteria boleh disyakki jika pesakit terus demam, kulit berair dan bernanah serta berbau hanyir . Ini memerlukan rawatan intensif dan mungkin juga jika terlalu teruk perlukan antibiotics dan seterusnya prebiotic dan rawatan homeopathy untuk betulkan balik usus setelah makan antibiotic .

Pendekatan integrated begini perlukan kerjasama antara doktor dan homeopath. Saya sendiri mampu kendalikan keduanya sebab saya adalah juga doktor perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Merawat eczema – kaitan eczema dengan usus # 2

intestine

Sepertimana yang telah dihuraikan sebelum ini, usus memainkan peranan dalam kes eczema.

Peranan usus berkait dalam dua cara :

1.  Sistem immune: 80% ditempatkan di usus dan berkait rapat dengan microbiota (bakteria dan lain-lain ) manusia .

2. Keadaan usus itu sendiri, yang juga berkait dengan # 1 tadi, ia itu, sama ada usus ini dalam keadaan optima dan sihat serta menghazamkan makanan seperti yang sepatutnya, atau usus ini dalam keadaan radang dan tidak menghazamkan makanan dengan baik dan sebaliknya membenarkan bahan makanan yang belum hazam kedalam sistem darah ( circulation ) .

Keadaan kedua ini berkait dengan microbiota usus tadi sebab radang akan berlaku bila komposisi microbiota mempunyai bakteria yang patogen. Juga, ada sesetengah keadaan dimana radang usus menyebabkan bakteria yang bukan patogen menjadi patogen  dan menyebabkan radang, maka menjadi sebuah pusingan yang tidak berkesudahan ( vicious cycle ) .

Dalam kes #2, bila usus membenarkan makanan terutama protin memasukki sistem darah, ini akan mencetuskan reaksi dari antibodi badan untuk melabelkan protin berkenaan sebagai musuh. Dari ini terhasil alergi.

Apa yang boleh mencetuskan radang usus ?

1. Keadaan semasa ibu mengandung dimana pemakanan ibu tidak baik, banyak toksin yang menyebabkan ibu mempunyai usus yang juga tidak sihat dari segi kandungan bakteria baik . Sekarang kajian telah dapat menjangka bahawa ada kemungkinan bakteria akan sampai ke anak melalui uri dan jika ibu ada bakteria baik, anak juga akan ada bakteria baik dan sebaliknya .

2. Keadaan kelahiran ceasarean dimana bayi tidak dapat dos microbiota melalui birth canal

3. Pemberian antibiotik pada ibu yang menyusukan anak atau anak itu sendiri terutama diperingkat awal kehidupan .

4. Infeksi usus seperti virus atau bakteria yang menjangkiti usus dan mulakan radang yang kemudiannya menjadi “vicious cycle”

6. Jangkitan cacing, contohnya cacing kerawat yang juga menganggu usus.  Jangkitan cacing ini kait mengait dengan bakteria dan kesihatan usus juga, sebab pembiakkan cacing dalam usus akan berlaku pada usus yang memang tidak sihat .

7. Keadaan microbiota yang tidak seimbang dan tidak dari species bakteria yang dikenali dalam usus yang sihat maka, kulat “candida” akan membiak dan menyerang usus serta menyebabkan leaky gut .

Candida adalah salah satu microbiota usus yang sedia ada dan ia hanya timbulkan masaalah bila bakteria baik kurang .

Keadaan seimbang akan hilang ( lost equilibrium ) dan kawalan terhadap pembiakkan candida akan hilang dan ia merebak .

Gula adalah makanan untuk candida, dan pengambilan banyak gula akan membiakkan candida. Saya ada melihat kes candida selepas ibu amalkan pemberian Ribena atau syrup dalam botol susu anak .

8. Warisan genetik dimana ada gene yang diwarisi mempunyai kelemahan dari segi sistem immune dan mudah mendapat alergi serta radang usus.

Senarai di atas ini mungkin belum lengkap maka saya akan membuat penambah baikkan dari masa kesemasa.

Untuk menangani masaalah-masaalah ini , saya mengunakan pendekatan holistik melalui

1. Perubahan pemakanan

2.  Suppement yang sesuai

3. Rawatan khusus homeopathy untuk kembalikan keutuhan usus: ini termasuk bowel nosodes, merawat cacing, merawat candida, serta merawat sistem immune .  Saya juga merawat emosi sebab stress menambahkan gatal dalam kes eczema. Akhir sekali penyakit genetik jika ada perlu dirawat juga.  Bab rawatan ini akan saya perincikan dalam posting yang lain.

 

 

 

Merawat Eczema – Lapuran sebuah kes

Ini adalah cerita adik Nadine, seorang baby comel yang  pada 8 Mei 2013 sebelum eczema bermula . Perkataan dalam caption adalah perkataan ibu Nadine sendiri dan gambar-gambar ini adalah dengan izin ibubapa Nadine.

Nadine sebelum eczema Mei 2013
Nadine sebelum eczema Mei 2013 Keadaan Nadine selepas ini bertambah teruk . Nadine hanya hisap susu badan ! Maka, Nadine dibawa jumpa doktor
2 weeks after DTAP vaccine - 24 July 2013.
2 weeks after DTAP vaccine – 24 July 2013.

Dua minggu selepas pelalian DTP Hib, muka Nadine mula mendapat eczema, mulanya sedikit sahaja dipipi kanan .

Keadaan Nadine bertambah teruk dan ibubapa Nadine bawa Nadine jumpa doktor dan Nadine diberi preskripsi ubat sapu topical steroids .

During steroid usage - 27 Aug 2013 Topical steroid usage - 1 months and a half. Started with: 1. Elomet 2. Cutivate 3. Foban(H) - Hydrocort 0.1%
During steroid usage – 27 Aug 2013
Topical steroid usage – 1 months and a half.
Started with:
1. Elomet
2. Cutivate
3. Foban(H) – Hydrocort 0.1%

 

2 days after stopping steroid cream - 29 Aug 2013. Using moogoo product
2 days after stopping steroid cream – 29 Aug 2013.
Using moogoo product

Ibu Bapa Nadine hentikan steroid sebab merasakan bahawa rawatan dengan steroid tidak dapat memberi kesembuhan yang baik .

 

 

 

 

 

 

One of the bad days – 10 Sep 2013. Applied moogoo during daytime and mebo at night.

 

                                                                              

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3rd time recurring infection. Start to seek Doctor Suriya Osman's help religiously with Allah's blessing. 1st and 2nd infection treats the skin with oral antibiotic but the infections come back 3-4 days after she finishes the antibiotic course.
3rd time recurring infection.
Start to seek Doctor Suriya Osman’s help religiously with Allah’s blessing.
1st and 2nd infection treats the skin with oral antibiotic but the infections come back 3-4 days after she finishes the antibiotic course.

Saya jumpa Nadine semasa eczemanya telah terkena jangkitan kuman dan setelah dia diberikan antibiotik  kali ketiga. Antibiotic cuma redakan sekejap dan ia datang semula dalam keadaan begini. Kebetulan  pula ibu Nadine pun pada masa yang sama alami sakit kulit dimuka.  Saya melihat dengan amat simpati dan hanya mampu memberi nasihat tentang penjagaan, termasuk membasuh dengan air ozone, mengunakan pottasium permanganate dan disokong dengan rawatan homeopathy untuk betulkan kesan toksin yang mencetuskan keadaan eczema ini (mungkinkah dari bahan dalam vaksin ? )

Mengikut ibu Nadine, walaupun lambat kering eczemanya tanpa antibiotic namun demikian bila sembuh eczemanya , kulit mula pulih dan Nadine mula nakal dan berdikari

2 Dec 2013 Used truveno cream, al manna and olivenol liquid
2 Dec 2013
Used truveno cream, al manna and olivenol liquid
 11 Jan 2013 current state

11 Jan 2013
current state

Akhirnya Nadine kembali normal . Masih ada sedikit merah dipipi dan ibu Nadine masih perlu menjaga makan minumnya .

Antara usaha ibu Nadine adalah mengamalkan Daun Betik Tua dan Kunyit hidup yang dia sendiri minum. Gum Arabic jenama Natural Prebiotic Al Manna dan Tayebat juga diberikan kepada Nadine dan ibunya.  Rawatan Homeopathy diberikan  untuk ibu serta Nadine sendiri .

Rawatan yang saya berikan setakat ini adalah detox pada ususnya. Ini termasuk bowel nosode, Morgan Pure 30c dan Cina 30c . Seketika diberikan Graphite 30c .

Saya masih mahu melihat watak Nadine sebenar yang sudah mula muncul dan ini akan membantu saya untuk memilih ubat homeopathy yang sesuai untuk hilangkan terus keadaan Nadine yang masih sensitif terhadap apa yang ibunya makan . Kulitnya akan menjadi merah seketika bila ibu salah makan .

Merawat eczema – Kaitan usus dengan eczema #1

intestine

Seperti yang sudah disenaraikan , eczema mempunyai banyak punca dan yang paling penting adalah sistem immune menjadi songsang dalam kesemua kes eczema.  Perlu di nyatakan :  90% patogen memasukki tubuh melalui usus.  Pencipta manusia juga jadikan 80% sistem immune ditempatkan di usus. Badan manusia mempunyai lebih banyak bakteria dari sel badan sendiri ! Apa erti ini semua ? Bakteria memainkan peranan penting dalam pembentukkan  sistem immune badan malahan mempunyai peranan dalam fungsi organ manusia yang dinamakan thymus. Bila dikaji saiz thymus, nyata ada beza saiz thymus anak yang hisap susu badan dan thymus bayi yang hisap susu botol. Thymus memainkan peranan penting dalam pembentukkan sistem immune badan dan nyata bayi susu badan mempunyai thymus yang lebih besar.

Pencipta manusia yang maha Agung juga jadikan susu ibu mempunyai kandungan bakteria bernama bifidus. Bakteria ini membiak dalam usus bayi yang hisap susu badan. Apa pula halnya bayi yang tidak hisap susu badan ?  Susu formula tidak ada bakteria ini kecuali setengah jenis susu yang ada label probiotic dan ‘added bifidus’.

Bayi mendapat bakteria saat ia dilahirkan dari ibu melalui saluran beranak ibu. Dalam saluran beranak ibu, sedia ada bakteria yang akan menjadi bakteria usus bayi.  Masaalah berlaku bila saluran beranak ibu tidak sihat dan mempunyai bakteria patogen. Tanda-tanda salurang beranak ibu mempunyai bakteria patogen adalah keputihan sama ada putih macam susu basi ( candida) atau kuning dan hanyir .  Tanda lain adalah gatal kemaluan serta kurap kelengkang.  Bagi bayi yang lahir melalui caesarean, masih akan dapat bakteria semasa menyusu dari ibu. Alangkah malang jika lahir melalui caesarean dan minum susu formula!  Namun begitu dengan ilmu yang kita ada sekarang masih boleh diperbetulkan ! Untuk ibu yang sedang mengandung, cara untuk betulkan sama seperti ibu yang menyusukan, seperti di bawah .

Maka, langkah pertama untuk anak atau bayi yang mengidap eczema adalah kesihatan usus .

Bagi bayi yang mengambil susu badan, ibunya perlu mengambil berat pemakanan diri sendiri .  Untuk mendapat susu yang baik, makanan perlu berkhasiat dan seimbang serta elak pada beberapa makanan yang akan menjejaskan susunya .  Ini termasuk :

  • Gula
  • Makanan berproses (ada banyak kimia dalamnya serta gula

Usus ibu pun perlu betul juga. Contohnya, ada ibu yang juga ada masaalah usus dan selalu berangin perut, gastrik, berak keras dan busuk . Ini menandakan bakteria usus ibu pun terjejas . Maka air susunya pun terjejas dan tidak mempunyai bakteria baik yang sepatutnya ada dan mungkin ibu mendapat candida berlebih dalam usus serta merebak kekulit. Petandanya adalah gatal kelengkang, kurap di kelengkan , serta keputihan yang macam susu basi , serta kurap antara jari kaki .

Cara untuk membetulkan usus ibu seperti berikut :

  • Elak gula  dan makanan yang mengandungi gula
  • Makanan seimbang termasuk sayur dan lauk pauk
  • Elak dari banyak makan makanan bertepung terutama tepung gandum
  • Ambil supplement : probiotic pada peringkat awal selama 2 minggu dan sertakan dengan prebiotic yang diteruskan.
  • Ambil rawatan homeopathy, ubatan yang paling sesuai adalah Bowel Nosodes di ikuti dengan Similimum untuk  gejala dan semboyan ibu termasuklah emosi ibu
  • Tangani stress dan konflik

Tentang probiotic : Ada beberapa jenama dipasaran, yang biasa dijual termasuk lactogg dan lacto 5.

Tentang prebiotic: Yang terbaik dan mempunyai khasiat makanan yang lengkap asid amino serta zat galian adalah gum arabic, maklumat lanjut laman facebook Natural Prebiotic.

Berbalik kepada anak, selalunya bayi yang eczema. Tanda-tanda bahawa ususnya ada masaalah adalah :

  •  Kembong
  • Muntah susu
  • Cepat lapar
  • Mengangis secara menjerit
  • Mahu dilayan atau dukung sentiasa
  • Tidur tidak nyenyak
  • Buang air besar  terlalu kerap ie lebih dari 4 kali sehari bagi yang susu badan dan lebih dari 2 kali sehari bagi yang susu botol
  • Buang air besar terlalu jarak, ie lebih dari 4 hari sekali bagi yang susu badan dan lebih dari 2 hari sekali bagi yang susu botol
  • Najis warna hijau atau hitam dan busuk : najis bayi yang belum makan solid adalah kuning terang, macam krim  dan tidak ada lendir . Bagi yang susu botol boleh jadi hijau sebab zat besi dalam susu . Baunya najis sihat adalah seperti pisang busuk .
  • Gatal lubang dubur
  • Kurap lampin ( petanda candida)
  • Ulser mulut
  • Selaput lidah warna putih
  • Gigi busuk

Untuk betulkan usus anak :

  • Betulkan usus ibu seperti di atas.
  • Probiotics jika bukan susu badan, ambil untuk 2 minggu beserta prebiotic yang sesuai ( gum arabic )  yang diteruskan.
  • Rawatan homeopathy untuk betulkan usus , bowel nosodes serta constitutional remedy sesuai dengan watak , susuk badan  dan emosi anak . Jika rawatan tidak diberikan pada usus dahulu dan terus tujukan ke gejala eczema dikulit, ini yang akan menyebabkan aggravasi semasa mengambil rawatan homeopathy

Bacaan tambahan :

https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/posts/633791329996860

https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun/posts/635036739872319

Rujukkan:

http://aem.asm.org/content/75/4/965.full.pdf+html

http://www.marksdailyapple.com/gut-flora-healthy-immune-system/#axzz2qWIuIgY3

http://hpathy.com/materia-medica/the-homoeopathic-bowel-nosodes/

 

Merawat Eczema- Apa sebenarnya penyakit ini?

Dalam perjalanan menjangkau puluhan tahun sebagai perawat, pada permulaannya saya hanya guna rawatan homeopathy sahaja untuk merawat eczema. Gatal perlu dikawal maka saya akan beri antihistamine bila perlu untuk kawal kegatalan sebab bila mengaru, luka pada kulit sukar untuk sembuh. Kaedah homeopathy yang saya gunakan hanyalah berdasarkan apa yang disebutkan sebagai ” Totality of Symptoms” . Saya ambil kira semua gejala dan semboyan pesakit dan berikan ubat homeopathy yang telah dipadankan dengan gejala dan semboyan tersebut .

Mungkin saya tidak cuba tinjau dengan lebih mendalam cara merawat saya sebab ianya berjaya dalam beberapa kes maka saya tidak punya sebab untuk meninjau lebih mendalam. Mungkin kaedah yang saya gunakan sesuai pada tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan.  Sekarang ini , ada peningkatan kes eczema dan rawatanya juga adalah kompleks atau dengan ertikata yang lain, rumit. Namun kerumitan dapat diatasi dengan memahami penyakit dengan lebih mendalam dan itulah yang saya mengkaji sekarang .

Dulu pun walaupun saya belum mendalam tentang eczema, saya  akan sarankan untuk elak beberapa makanan jika ketara bahawa memakan makanan tersebut akan menyebabkan eczema bertambah.

Namun yang lebih nyata, dalam kebanyakkan kes, berpantang tidak membawa kesan langsung dan eczema tetap sama !

Kalau begitu apa sebenarnya eczema dan kenapa ia timbul diumur yang paling awal ?

Menurut perubatan konvensyenal , eczema adalah radang kulit yang kerap bermula pada bayi dan selalunya berkurangan apabila berumur 3-5 tahun tapi ada juga eczema yang tidak hilang dan ada eczema yang timbul pada peringkat umur yang lain.

Eczema selalunya berlaku pada individu yang ada ahli keluarga yang juga mengidap eczema. Selain eczema, lelah dan juga vasomotor rhinitis menjadi trio penyakit yang digabungkan dibawah nama Atopy. Ertinya individu itu allergik dan sensitif kepada bahan yang selalunya tidak menimbulkan reaksi pada individu yang normal .

Maka, kerap kali eczema berserta allergi kepada beberapa bahan dan bahan ini selalunya habuk, makanan tertentu, bahan kimia seperti sabun yang digunakan untuk basuh kain .

Banyak kes eczema tidak mempunyai alahan yang spesifik dan kes -kes begini menjadi misteri pada doktor termasuklah doktor pakar .

Bagi saya, ia menjadi misteri disebabkan doktor serta pakar mencari penyembuhan disalah tempat sebab kaedah rawatan para dokor tertumpu kepada menghilangkan gatal, menekan sistem immune yang menyebabkan radang dan melindingi kulit dengan cara krim-krim pengadang .

Dalam kes eczema, radang pada kulit ditimbulkan oleh badan sendiri dengan mengeluarkan bahan yang menyebabkan radang . Ini dilakukan oleh sistem immune sendiri maka eczema adalah sebenarnya tindakkan songsang sistem immune .

Perlu di nyatakan juga, eczema ada kaitan dengan stress. Stress boleh menyebabkan eczema melarat dalam individu yang ada sejarah atopy.

Ada juga kes kes yang akan berselang seli antara asthma dan eczema serta eczema dan vasomotor rhinitis atau hay fever. Penyakit bersin dan gatal hidung serta beringus ini yang orang Melayu panggil resdung .

Bila kita nak tinjau penyakit ini dari sudut rawatan holistik, kita dapati eczema ada banyak pencetus dan banyak penyebab ( multifaceted) dan yang sama dalam semua kes-kes adalah gejala dan manifestasi penyakit . Ini termasuklah manifestasi kulit yang merah dan merekah serta melecet dan ada kalanya berair. gatal yang kadangkala tahap amat serius menyebabkan pesakit rasa amat rimas dan marah, jangkitan bakteria atau kulat menambah beratkan keadaan .

Kawasan eczema bermula mungkin di muka dan boleh merebak ke kaki dan tangan serta badan tetapi eczema boleh berlaku pada mana-mana kawasan badan dan kadangkala tertumpu hanya pada bahagian tangan atau kaki .

Antara penyakit yang boleh dikelirukan dengan eczema adalah kurap atau jangitan candida. Dalam kes kurap, tumpuan pada lehir, pelipat-pelipat, kawasan lampin dan mungkin ia bermula dari kawasan lampin sedangkan eczema selalunya tidak ada dikawasan lampin. Namun demikian mungkin juga sakit kulit disebabkan candida akan menjadi eczema kemudiannya .

Penyakit lain yang boleh dikelirukan dengan eczema adalah ‘ psoriasis’  dan juga                      ‘seborheic dematitis’.

Untuk mengidap eczema perlu ada beberapa kondisi seperti berikut dan tidak semestinya kesemuanya tetapi perlu lebih dari satu. Senarai ini mungkin tidak lengkap dan pandangan saya berdasarkan pengalaman serta fahaman homeopathy maka tidak semestinya menyamai doktor perubatan konvensyenal .

  • Keturunan sakit kulit, lelah atau resdong.
  • Ibu tidak cukup makan semasa mengandung atau terdedah pada makanan yang toxic atau diberi antibiotic semasa mengandung
  •  Ibu mengalami stress semasa mengandung
  •  Ibu mendapat demam virus yang ada gejala kulit semasa mengandung
  • Anak lahir secara caesarean
  •  Anak diberikan antibiotic
  • Anak mendapat cirit birit dan semasa perut belum betul diberikan makanan protin.
  • Anak mengidap jangkitan virus yang ada gejala kulit
  • Anak terdedah kepada makanan atau suntikkan berkimia atau bertoksin, ini termasuk sesetengah vaksin.
  • Gula berlebihan  dalam makanan anak, banyak makanan yang ‘refined’ ie berproses yang mana khasiat makanan sudah terlalu sedikit . Ini termasuk jajan.
  •  Alahan pada susu formula dan lain lain, termasuk memberi makan pepejal atau mengandungi protin binatang dalam umur terlalu muda. Contohnya: memberi sup daging pada umur 4 bulan.
  • Konflik ahli keluarga pesakit yang menganggu emosi pesakit
  • Masaalah penghazaman, sembelit, berak cair, berak busuk
  • Mengidap cacing

Maka, semasa merawat, ciri-ciri yang saya sebut di atas perlu dibetulkan dengan memberi penawar homeopathy yang khusus untuk masaalah berkaitan .  Langkah langkakhpembetulan lain juga perlu, contohnya mengubah cara makan, memberi supplements  dan lain-lain yang akan dihuraikan pada posting berikutnya

Merawat Eczema Muqadimah

Sejak akhir-akhir ini saya merawat ramai pesakit eczema. Kebanyakkan dari pesakit adalah kanak-kanak dibawah umur 2 tahun. Kebanyakkan nya pula mencuba homeopathy buat pertama kali . Ramai yang tidak tahu langsung tentang homeopathy dan ada juga yang pernah cuba rawatan homeopathy tapi mengalami peningkatan penyakit dan bukan penyembuhan maka ada yang ingat bahawa eczema tidak boleh dirawat secara homeopathy.
Ini jauh dari kebenaran . Memang eczema boleh dirawat dengan kaedah homeopathy tapi ada beberapa kerumitan pada merawat eczema dengan homeopathy dan ini boleh diatasi dengan beberapa strategi yang memerlukan kepekaan dan kerjasama dari ibu bapa untuk berjaya.

Bagi saya , kaedah homeopathy mampu merawat semua kes eczema namun bagi yang gagal dirawat, kegagalannya disebabkan beberapa perkara:

1. Perawat yang tak mahir dari segi preskripsi serta komunkasi – memang ramai yang tidak mahir dari yang mahir atas beberapa sebab, antaranya training yang tidak lengkap atau menyeluruh dan ilmu yang cetek .
2. Ibu bapa yang tak sabar atau tak ikut arahan – ini sering berlaku sebab ibu bapa anak yang sakit ada kalanya sedikit paranoid dan mahukan anaknya cepat sembuh, menjadi terlalu sangsi terhadap perawat, mungkin sebab pengalaman pahit yang silam dengan doktor dan pengamal lain .
3. Halangan pada penyembuhan yang tidak dapat dikesan – ini akan diatasi bila homeopath secara sistematik mencari jalan menghapuskan halangan satu persatu .

Apa dia Homeopathy? # 1

Pengasas Homeopathy ialah Dr Samuel Hahnemann seoragn doktor perubatan bertauliah dari Germany yang lahir pada 10 April 1755,  di Meissen, Germany.

Prinsip utama Homeopathy adalah `simila similibus curentur ‘ . Ia adalah  hasil dari kajian yang dilakukan keatas dirinya sendiri dengan kayu dari kulit pokok Cinchona yang telah dikenali boleh mengurangkan/mencegah penyakit Malaria. Hahnemann ingin mengetahui bagaimana Cinchona boleh menjadi penawar untuk Malaria. Beliau telah memakan kulit cinchona ini dengan kadar yang sedikit tetapi berpanjangan.. Beliau membuat demikian sebab setelah membaca didalam sebuah `materia medica’ (bahan bacaan tentang ubatan) bahawa jika terlalu menggunakan cinchona ia boleh menyebabkan penyakit demam seakan Malaria! Kajiannya telah menyebabkan Hahnemann demam dan gejala demam nya telah di rekodkan dengan begitu teliti sesuai dengan jiwa `meticulous’ yang dimilkinya. Kemudianya dia telah menjalankan uji bukti ( drug pathogenic trials )  keatas 300 jenis penawar menggunakan kaedah ini. Dan hasil dari ini , prinsip asas dan materia medica homeopathy yang pertama, ia itu `Materia Medica Pura’ diterbitkan.

Dalam perspektif homeopathy seorang sakit yang tidak dapat pulih dari sakitnya mengalami keadaan di mana sistem pertahanannya tidak dapat kembalikan keadaan optima badan dan terus dalam keadaan sakit. Ini dapat diketahui dari simptom pesakit . Mengikut kefahaman fisiologi moden , simptom adalah semboyan badan yang memberitahu bahawa ada yang tidak kena dalam badan orang yang mengalami simptom. Ibarat lampu amaran yang akan menyala apabila pintu kereta tak tutup rapat dan akan padam bila keadaan di betulkan.

Sistem pertahanan asli yang lemah tidak dapat menangani serangan dari pathogen. Pathogen adalah apa-apa yang menyerang badan yang boleh menyebabkan badan menyimpang dari keadaan optimamnya . Pathogen mungkin kuman , virus atau kulat. Ini adalah apa yang difahamkan dalam ilmu asas sains kesihatan. Dalam sistem homeopathy maksud pathogen di lebarkan lagi dan membawa erti apa -apa yang boleh mencederakan sistem badan termasuklah trauma sama ada trauma itu adalah kejutan emosi atau kejutan fisikal .

Cara rawatan homeopathy
Cara rawatan homeopathy

 

Model ini boleh ditingkatkan lagi ketahap sebuah falsafah kesembuhan yang lebih mendalam.

Sebagai seorang homeopath yang mempunyai pengalaman 28 tiga tahun merawat mengunakan sistem homeopathy dan 32 tahun mengenali asas perubatan moden saya dapati keadaan sakit adalah keadaan dimana sistem badan individu berkenaan tidak sedar tentang keadaannya yang telah menyimpang dari yang optima dan ideal.. Bila individu itu mula sedar tentang keadaannya , sistem pertahanan dan sistem imbang semula jadinya akan bertindak memulihkan dirinya .Maka penawar homeopathy adalah sebuah agen yang menolong badan individu yang sakit itu untuk sedar tentang keadaan tidak imbangnya dan dengan itu mencetuskan badan untuk mulakan proses pemulihan .

Teori Dinamika Penyakit 

 

Sebuah model berpaksikan sedar versus lalai
Sebuah model berpaksikan sedar versus lalai

Saya dapati keadaan mula sedar tentang apa yang silap berlaku dalam awal penyembuhan kes gangguan emosi dan juga pada apa-apa keadaan badan yang menyimpang dari keadaan selesa.

Sebagai contoh :
Seorang individu bernama Laily berperangai garang dan sering menjawab setiap pertanyaan atau tegur sapa dengan nada keras dan marah. Keadaan ini timbul sebab pada jangkaannya semua orang nak cari kesalahannya. Ini berlaku sebab semasa dia kecil dia mempunyai ibu yang sentiasa mencari kesalahannya , tidak pernah memujinya dan hanya memanggilnya untuk memarahinya. Nyata bahawa andaiannya tidak benar tapi sebab terlalu lama keadaan emosinya telah menyimpang dari keadaan selesa .Perangainya adalah adaptasi yang dia telah guna pakai untuk menangani sikap ibunya dan dia sendiri tidak sedar tentang sikapnya ini. Jika Laily dirawat cara sistem Homeopathy , penawar yang akan diberilkan kepadanya akan mempunyai gejala ini
” Menyangka semua orang adlah musuh “. 1
Bila penawar ini diberilkan , Laily akan mula sedar bahawa apa ia hanya menyangka yang dia akan diserang dan dia akan mula sedar ini tidak benar. Dengan itu perangainya akan mula berubah. Nyata bukan ubat Homeopathy sahaja yang boleh membawa kesedaran malahan rawatan secara psaikotherapi atau rawatai penyembuhan somatic atau rawatan secara rohani akan juga dapat membawa penyembuhan..

Dalam kes penyakit fisikal pula , yang menjadi lalai adalah sistem pertahanan. Contohnya bila ada virus menyerang , badan akan memulakan proses pembunuhan dan pelenyapan virus berkenaan.

Apakata jika selepas disering virus selsema ia itu Rhinovirus seorang itu tidak pulih sepenuhnya dan mula mengalami selsema setiap pagi. Bagi sistem rawatan aliran utama , tidak dikaitkan sebagai lanjuatan dari serangan virus malahan diberikan nama lain pula ia itu penyakit alahan atau allergi.

Dalam sistem rawatan homeopathy , semboyan dan gejala asal itu di telitikan dan dipadankan dengan penyawar yang mempunyai semboyan dan gejala yang sama semasa proses ‘proving” dan bila penyawar ini diberikan, sistem pertahanan ( immune system) akan sedar kehadiran penawar itu dan menyerang penawar dan dalam menyerang penawar , menghapuskan penyakit asal yang sama semboyan dengan penyawar tadi.

Walaupun pencetus asal ia itu virus sebenarnya sudah lenyap dari badan namun seolah ada ‘bahangnya ” masih menyebabkan sakit berterusan dan dalam sistem homeopathy , bahang ini di namakan “miasm”.

ref:

1. “Delusion , enemy, everyone is ” Complete Repertory ,Roger Van Zandvoort , Mind Section http://www.morphologica.com/english/repertory/cr2008.htm

Ruam selepas antibiotic

Seorang ibu membawa anak berumur 8 bulan, tidak pernah sakit sehingga sebulan yang lepas. Mendapat demam selsema . Demamnya terlalu tinggi maka ibu pun membawa anak ke hospital . Kena tahan wad. Diberikan paracetamol dan juga antibiotics IV. Selepas ini baby sudah baik demam dan pulih seperti biasa .

Benar ke?

Seminggu selepas baik, anak mula mendapat ruam dimuka. Pergi doktor diberitahu ini food allergy. Jumpa paediatrician, paediatrician kata, bukan , ini eczema . Anak ini tidak pernah eczema sebelum ini . Ruam ini menjadi teruk selepas makan ayam dan telur. Anak ini sebelum ini pernah makan bahan yang sama tanpa kesan apa-apa.

Apa yang sudah jadi ?

Antibiotics mematikan gut bakteria dan ini akan menyebabkan pembiakan candida dalam usus. Candida adalah juga penghuni usus yang tidak menyebabkan penyakit kecuali bila bakteria baik mati . Bila bakteria baik mati, candida akan membiak tanpa kawalan dan ini menyebabkan usus mengalami radang. Maka terhasil leaky gut . Bila baby mengambil protin, protin akan dihazamkan sehingga menjadi asid amino dan asid amino masukki darah . Bila ada leaky gut, bahan protin yang belum hancur habis akan kedarah . Maka, bila bahan yang tidak cukup proces perkumuhan masukki darah, antibody akan terhasil terhadap protin tersebut makan terjadilah alahan pada makanan tersebut .

Apakah langkah yang perlu diambil untuk pulih ?

1. Bina semula gut bakteria dengan probiotic selama 5-7 hari
2. Di masa yang sama ambil prebiotic seperti Al Manna
3. Rawatan homeopathy untuk reverse balik leaky gut
4. Jika perlu oral nystatin untuk basmi candida dalam usus

YANG GUNA RAMBUT TU ADALAH RADIONICS BUKAN HOMEOPATHY

Saya telah menulis seperti dibawah ini dalam laman facebook fanpage saya, mulanya pada bulan Jun 2013.

Jumpa pesakit yang dirawat oleh seorang pengamal radionic. Pengamal guna rambut untuk tengok penyakit . Kata pengamal tidak ada kencing manis tapi tak buat pemeriksaan guna glucometer. Tidak lakukan casetaking, tidak tahu emosi mental dan sama ada pesakit alah sejuk atau panas. Saya buat pemeriksaan. Gula..random blood sugar 16 mmol/l. BP 200/120 mmhg. Walking time bomb! Pengamal mengaku dia homeopath. No ..saya kata bukan. Homeopath yang ada ilmu medical science mampu guna glucometer dan ambil BP. Bukan tilik guna rambut. Blood sugar tu amat tinggi. Buruk padahnya. pesakit dapat candidisis dan sentiasa haus serta banyak kencing. Lebih bahaya adalah risiko rosak kidney dan risiko stroke. Wahai para pengamal alternatif, tolong jangan rosakkan kesihatan pesakit sebab kamu kurang ilmu!

Selepas mendapat maklumbalas dari pembaca, termasuk pengamal radionics, ini penulisan susulannya .

Rupanya penulisan saya tentang pesakit Diabetes Mellitus yang tidak dikesan oleh pengamal yang gelarkan dirinya pengamal homeopathy tetapi sebenarnya mengamalkan radionic atau psionic telah menimbulkan kontroversi dikalangan pembaca! Mungkin saya perlu terangkan dengan lebih terperinci asal usul cara ini dan macam mana ia menjadi amalan dikalangan homeopath di Malaysia. Saya bercakapa sebagai seorang yang tahu dan boleh lakukannya dan bukan dari luar bidang .

 Pengalaman saya dengan cara ini timbul dari cadangan oleh Allahyarham Pak Mohamed Hj Yacob yang saya anggap salah seorang guru Homeopathy saya yang awal . Pada masa itu ilmu homeopathy saya belum lengkap dan saya membeli sebuat alat radioics keluaran Bruce Copen. Bruce Copen adalah kenalan Pak Mohammed . Nak pendekkan cerita, saya telah gunakan alat ini untuk rawat pesakit dan ada 2 kes awal yang berjaya dirawat, kalau nak ikutkan tidak patut boleh dirawat ( ie incurable dalam pendekatan perubatan moden) . 1. Kes liver cirrhosis, liver pesakit telah kecut dan rosak pulih semula 2. Kes rheumatoid arthritis 20 tahun, jari yang sudah bengkok lurus semula .

 Kenapa saya tinggalkan cara ini? Bila saya dapati ilmu homeopathy saya tidak berkembang dan saya menjadi malas untuk ambil sejarah pesakit dan telitikan asal usul penyakit dengan lebih rapi, serta tingkatkan ilmu materia medica, saya tinggalkan cara ini dan berusaha untuk tingkatkan kemahiran saya dalam homeopathy classic.

 Pengajian saya bawa saya ke US, India dan England dan saya berjaya mendalami ilmu Homeopathy Classic serta faham cara beberapa jenis cabang homeopathy yang ada .

 Dalam amatan saya tentang radionic ini, saya telah lihat pengamal radionic meninggal dunia awal . Semua allahyarham saya kenal dan dalam masa 15 tahun saya telah lihat 5 orang pengamal meninggal sebelum umur 50 tahun, seorang darinya dalam umur awal 30han.

 Bagi saya ini statistik yang tidak sepatutnya dan bukan kebetulan. Saya tinjau pula pengamal yang sudah melebehi 50 tahun dan masih sihat. Mereka ini ada amalan spiritual yang membantu kesihatan mereka . Amalan radionic menyebabkan pengamal guna tenaga diri dalam menilik penyakit dan sedikit sebanyak penyakit pesakit menjejas pengamal .

 Seperti yang saya sebut dilain-lain posting, tidak semua pengamal radionic tepat dalam tilikkannya dan ramai yang membuat diagnosis yang pelik-pelik.

 Contohnya ada pengamal yang membuat diagnosis brain tumour pada pengidap sakit kepala. Bila pesakit pergi buat MRI, tidak ada brain tumor dan pengamal berkata, brain tumour dalam peringkat awal, belum jadi dan tidak dapat dikesan melalui MRI. Bagi saya mungkin benar dan munkin tidak tapi diagnosis begini tidak beretika sebab menakutkan pesakit tanpa bukti yang nyata.

 Banyak lagi masaalah yang timbul dari pengamal radionic , ramai dari mereka hanya mengambil kursus hujung minggu selama beberapa kali dan sudah boleh membuka ‘klinik ‘ sedangkan untuk belajar homeopathy classic mengambil masa beberapa tahun.

 Bagi pengamal yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dan memeriksa guna radionic, saya cadang anda buat pilihan, nak amalkan radionics dan keluar dari menjadi ahli Majlis dan masuk Persatuan elektronik atau nak jadi Homeopath dan tingkatkan kemahiran homeopathy anda. Pilihan satu lagi, daftar bawah dua disiplin ie perubatan homeopathy dan perubatan elektronic serta asingkan bilik rawatan dan terangkan dengan jelas jenis rawatan yang nak diberikan kepada pesakit . Barulah tidak melanggar etika perubatan dan pesakit pun tidak keliru yang mana satu homeopathy dan yang mana satu radionics.

 Baru- baru ini timbul gejala baru pula dimana pesakit yang berjumpa seorang ‘homeopath’ ditilik guna tangan pula dan ‘homeopath’ membuat diagnosis, ada gangguan spiritual atau jinn. Maka pesakit lagi bertambah keliru, saya ni jumpa homeopath ke jumpa bomoh. Saya pula, bab ini memang saya skeptik . Saya sendiri ada pengetahuan ‘gangguan ‘ dan rasakan kebanyakkan kes ‘gangguan ‘ yang didiagnos adalah teka teki perawat yang sebenarnya tak tahu sangat apa yang dia buat .

 Sekali lagi ini melanggar etika pendaftaran tempat merawat dimana pesakit perlu jelas jenis rawatan apa yang diterima.

 Tidak salah merawat secara spiritual dan tidak salah untuk gabungkan tapi beritahu pesakit, minta izin dulu, barulah betul dan berertika namanya .